Pokok Misai Kucing Juga Cantik Di Tanam
Sebagai Pohon Hiasan

Misai Kucing Yang Telah Dikeringkan
Menggunakan Microwave Oven

Rasanya tentu ramai yang telah mengetahui khasiat tumbuhan herba yang di kenali dengan nama “Misai Kucing”. Bagi yang belum mengetahui atau kurang pasti, kita masih boleh berkongsi di sini. Saya sendiri mengamalkannya.
Misai Kucing atau nama scientificnya Orthosiphon Aristatus sangat berkesan untuk mengubati Tekanan Darah Tinggi (High blood Pressure) dan Bengkak – bengkak kaki akibat water retention. Dikatakan juga baik untuk yang menghidapi penyakit Kencing Manis (Diabetes) Kini ia telah banyak dijual di dalam bentuk “Tea Bags” untuk lebih memudahkan pengguna.
Anda juga boleh membuat “homemade” Teh Misai Kucing .
Anda hanya perlu mengeringkannya dengan cara tradisional di bawah terik mentari atau dengan mengunakan Microwave Oven. Setelah kering simpan di dalam bekas ketap udara untuk digunakan bila anda memerlukan.
Setelah benar-benar kering, anda juga boleh mengisarnya dan anda hanya perlu menggunakan tapisan untuk membuat teh . Tetapi jika anda terlalu sibuk, anda juga masih boleh menggunakan daun yang belum dikeringkan. Ambil beberapa helai daun Misai Kucing dan rendam di dalam air panas, boleh diminum semasa masih hangat atau dingin. Cubalah…InsyaAllah berkesan.


2 ulasan:
Salam CT,
Menantu saya ada menanam Misai Kucing di laman rumah. Tak tahu saya ia sesuai untuk tekanan darah tinggi. Nampaknya saya dah dapat sumber perubatan free untuk tekanan darah tingi saya.Thank CT.
Cubalah dan check BP anda selepas itu...InsyaAllah berkesan.
Catat Ulasan