Rumah usang tak terurus...
malah belum sempat siap sepenuhnya.
Ayah pergi sewaktu rumah masih direnovasi...

Seronok berkubang di tali air...
Selagi belum marghrib...tak baliiik!

Hari ni aku teringin nak makan "Pekasam Ikan Sepat"...tapi kat mana nak dapat? Meleleh air lior ku...teringat kampung halaman ku.
Semenjak ayah meninggal dunia tujuh tahun lalu, aku jarang pulang ke kampung...sudah hampir lebih tiga tahun rasanya aku tak pulang. Rumah peninggalan ayah kini semakin usang tak terurus...malah belum sempat siap sepenuhnya. Ayah pergi sewaktu rumah itu masih direnovasi. Adik – adik ku pula semuanya ada rumah sendiri...
Bila aku pulang ke kampung, adik beradik ku semua datang berkumpul. Mereka semuanya tinggal berhampiran dengan ayah. Kami bersembang dan bergurau sampai ke pagi...riuh rendah seperti pasar ikan, seronok bergurau dan makan bersama apatah lagi jika berbuka puasa.
Aku terkenang gelagat kami adik beradik bila berkumpul,
Bila makan sengaja nak berebut...sengaja nak menyakat.
Bila berkubang...tak tahu nak balik selagi belum marghrib.
Kalau duluuu...Siap! Mesti kena balun...
Ayah ku yang dulunya garang, kini hanya mampu tersenyum bila melihat kami bertukar menjadi kanak – kanak. Ayah dah tak tahu nak marah siapa, anak atau cucu? kini semuanya sama...dah macam hantu!
Di depan rumah ada tali air, di situlah tempat kami adik beradik berkubang. Tali air itu seperti “private swimming pool” kami.
Aku suka mandi di situ...itulah tempat kegemaran ku dan ayah tahu sangat tentang itu. Ayah selalu menyakat bila aku telephone, "Ayaq duk penuh, duk jerneh nii...hang tak mau balik kaaa?." Pandai ayah memancing, nak suruh aku balik...
Rindu dan sebak dada ku bila terkenang senda gurau ayah...anak mu tak pulang ayah! Tapi ayah tetap ku kenang dalam do'a ku. Ku kirim Al – Fatihah untuk mu ayah...


2 ulasan:
Al-Fatihah buat ayahmu yg telah pergi. Masa lalu masa yg tetap bersemadi di hati. Terlalu byk keindahan yg kita bawa bersama ke masa depan. Lihat masa lalu sebagai teladan yg berguna dan pandang masa depan dengan penuh harapan dan kegigihan. Salam buat CT dan famili. CT dari utara ya? Anak saya ada kat SP Kedah.
Terima Kasih kerana menyedekahkan Al - Fatihah buat ayah CT dan atas nasihat Pharmy. Salam CT untuk Pharmy sekeluarga...Bila nak ke Sungai Petani menjenguk anak Pharmy?
Catat Ulasan