Ahad, 11 Mei 2008

Hari Ibu





“Syurga Terletak Di Bawah Telapak Kaki Ibu” MasyaAllah!...begitu tinggi taraf seorang Ibu di dalam Islam jika dibandingkan dari insan-insan yang lain. Ini adalah merupakan suatu hakikat yang tidak dapat disangkal lagi kerana telah termaktub di dalam Al-Quran dan Hadith.

Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, Hari Ibu bukanlah merupakan adat resam kita. Tetapi kini ia seolah – olah telah menjadi sebahagian dari budaya…sememangnya masyarakat kita (tidak terkecuali dengan ku) lebih senang meniru dari mencipta.

Kita juga pernah mendengar atau terbaca bagaimana anak-anak yang baru lahir dicampakkan begitu saja tanpa belas kesihan, malah ada yang tergamak menjual anak untuk pelacuran...A'uzubillahi min zalik! Adakah mereka - mereka yang sebegini masih layak untuk dipanggil Ibu? Bagiku...mereka merupakan tinta hitam yang telah menodai kesucian keatas nama “Ibu” dan memalukan kaum sejenisku.

Suatu tanda tanya terkilas di benakku sempena Hari Ibu...berapa ramaikah kita yang bergelar “Ibu” benar-benar layak untuk menerima ucapan atau penghormatan ini?

Tiada ulasan: