Jumaat, 9 Mei 2008

Aku..."Ayah" Dan "Suami"


















Aku...
Di kedai kopi
Dari malam sampai pagi
Tinggalkan anak isteri
Makan tak makan…aku tak peduli

Anak – anak ku...
Berambut merah
Kulit bercacah
Bercakap lucah
Tak tamat sekolah...

Aku...
"Ayah" dan "Suami"
Darjat ku terlalu tinggi!
Ini takdir Ilahi…salah isteri,
Bukan salah ku…aku tak pinta begini!


© Copyright 2008 - All Rights Reserved

2 ulasan:

Penabahari berkata...

Cukup sinis puisinya. Semoga "aku" kembali ke jalan hakiki.

CT berkata...

Amien! Semuga Allah memberikan hidayah kepada "Aku" yang ramai bertebaran untuk benar-benar menjadi Ayah dan Suami yang bertanggung jawab!