Jumaat, 2 Mei 2008

Tanah Melayu

















Tanah Melayu...
Tanah tumpah darah ayah ku
Di bawah panji-panji UMNO bangsa ku bersatu
Kau Negeri kebanggaan ku…Aku sayang pada mu!

Tanah Melayu...
Apakan jadi pada mu?
Anak watan mu tak seperti dulu
Kini...Segalanya mula bercelaru

Bangsa ku...Apakan jadi pada bangsa ku?
Dimana nilai dan harga diri mu?
Dimana letaknya maruah dan ugama mu?
Kenapa kita tidak lagi bersatu seperti dulu?

Di Tanah Air yang berdaulat...
Bangsa ku bertelagah tak sepakat
Esok...Mungkinkah bangsa ku kan jadi bangsat?
Melarat, merempat...Di negeri sendiri tapi tak bertempat!

Ini negeri siapa?
Bangsa ku memang mudah lupa...
Sering jadi boneka...Senang diperhamba
Tanah Melayu hanya sekadar nama!


© Copyright 2008 - All Rights Reserved


N.B:Photo Taken From:
http://en.wikipedia.org/wiki/Image:Tugu_negara.jpg#file

2 ulasan:

Penabahari berkata...

Kesilapan bangsa yg tidak mahu memahami roh perjuangan leluhur yang telah pergi.

CT berkata...

Semuga masih belum terlambat!