Orang yang sombong…Siapakah orang itu?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul ‘Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Orang yang telah mati hatinya… Siapakah orang itu?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Orang yang dunggu kepala otaknya… Siapakah orang itu?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu melakukan ibadat dan menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Orang yang kuat… Siapakah orang itu?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Orang yang lemah… Siapakah orang itu?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya dan tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Orang yang bakhil… Siapakah orang itu?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.
Orang yang buta… Siapakah orang itu?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Orang yang tuli… Siapakah orang itu?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Orang yang sibuk… Siapakah orang itu?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.
Orang yang manis senyumanya… Siapakah orang itu?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Orang yang menangis airmata mutiara… Siapakah orang itu?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Orang yang kaya… Siapakah orang itu?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Orang yang miskin… Siapakah orang itu?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Orang yang pandai… Siapakah orang itu?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.
Orang yang bodoh… Siapakah orang itu?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Orang yang maju dalam hidupnya… Siapakah orang itu?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Orang- yang mundur hidupnya… Siapakah orang itu?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Orang yang gila itu… Siapakah orang itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Orang yang rugi… Siapakah orang itu?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Orang yang selalu ditipu… Siapakah orang itu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Orang yang cantik… Siapakah orang itu?
Orang yang cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas… Siapakah orang itu?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit… Siapakah orang itu?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Orang yang mempunyai akal… Siapakah orang itu?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang akan menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal mereka sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Wallahu’alam!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan