Alhamdulillah...berkat do’a sahabat-handai dan saudara-mara, aku telah dapat mengadaptasi keadaan hidup seharian tanpa anak lelaki kesayanganku. Namun aku masih tetap menghitung hari sebagaimana yang pernah aku lakukan suatu masa dulu meskipun seminggu telah berlalu.
Suatu masa dulu aku sentiasa menghitung hari untuk dioperasi supaya dapat melahirkan anakku…waktu itu tak sabar rasanya menanti kelahirannya.
Kini aku menghitung hari lagi untuk dapat bersamanya…InsyaAllah lima hari lagi kami akan bertemu. Alhamdulillah mujur aku masih punya suami di sisi yang menjadi pemangkin semangatku, jika tidak…semakin sepilah hidupku.
Ya…mungkin saja anakku tidak merinduiku seperti mana aku merinduinya, mungkin dia telah pun mempunyai kekasih dan merindui kekasihnya lebih dariku…mungkin saja… tetapi biar apa pun hakikatnya; inilah naluri seorang wanita yang memberikan kasih sayang tanpa syarat...seorang wanita yang bergelar ibu...


14 ulasan:
salam aunty,
biar sehebat mana cinta antara kekasih... pasti ada satu detik yg menewaskan rindu dendam dan sayang mesra itu... detik itu adalah saat kami anak, terbayangkan ibu dan ayah... :) salam aidilfitri
sedih nye baca..hmm..kasihkan ibu tidak sama seperti kasihkan buah hati..rindukan ibu x kn sama spt rindukan buah hati.dua bnda yg sngt berbeza..walau apa pun ibu adalah segala2nya.tiada tandingan lagi.kerna syurga d bwh tapak kaki ibu
:)
salam.. sapa tak syg anak kan.. kalo tak tgk beberapa jam pun dok tnya kemana ler hilang nyer budak nih, hai.. hrp anak sy akan jaga sy bila sy dah tak larat nak bangun sok:)
Salam Muha,
Muha anak yang soleh...bertuah ayah dan ibu Muha. Salam ‘Aidilfitri untuk Muha juga & semuga ceria selalu dalam menjalani hidup ini.
Salam Syah,
Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog auntie/cik...semuga anda sentiasa diRahmati Allah...amien.
Salam Maiyah,
Semuga harapan Maiyah akan tercapai...amien! Tapi bagi kakak jika boleh akak tak mau menyusahkan anak2 dan harapan akak supaya mereka pun jangan sampai menyusahkan akak:))
Btw ada juga ibu yang tak sayang anak, buktinya: http://reminasikehidupan.blogspot.com/2009/03/kembalilah-ke-pangkal-jalan_11.html
salam ziarah...selamat menyambut idul fitri...semoga Allah mensucikan kita kembali dari dosa dosa
sanur
salam aunty,
baru tergerak hati ni nak bertanya... kalau tak keberatan untuk aunty berkongsi... apa nama penuh aunty?.. aunty siti dari marga al banafe'?.. saya punya agak ramai saudara mara di singapura dan kebanyakan mereka adalah dari marga arab (samada sheikh atau syed)...
Salam,
Saya aminkan do'a nak Sanur. Terima Kasih kerana sudi menjenguk saya di sini:))
Salam Muha,
Marga al banafe…masyaAllah...aunty nie cuma orang ajam & nama penuh aunty Siti Saudah:))
Salam CT,
Kita perlu membiasakan diri dengan perpisahan, dik..kerana suatu ketika nanti mereka, anak-anak akan teruskan kehidupan dan kita akan tinggal kesepian. Abg melaluinya sekarang dan cuba menjalankan kehidupan yg kian berubah ini.
Selamat menyambut Hari raya yang semakin hampir.
Salam bang,
Kini CT ingat kembali kesedihan yang pernah abang paparkan suatu ketika dulu. CT tahu bahawa apa yang abang katakan adalah merupakan suatu kenyataan yang akan CT hadapi suatu hari nanti…betapa pun peritnya! Terima Kasih bang. Salamat Menyambut Hari Raya untuk abang sekeluarga…abang please take care OK?
aunty..
tabahkan hati k
sedih baca entry ni..huhu
pepun...slmt hari raya aunty,,
maaf zahir batin..
maaf kdg2 tugas yg busy tk dpt nk jngah..
maaf zahir batin ye aunty
ry kat ne nnti??
rq balik pahang sabtu ni..yeyyyy
beraya ngn abah tersayang!
Salam RQ,
Semuga berbahagia Syawal nanti bersama keluarga tersayang. Jng. makan banyak sangat... nanti gemuk cam aunty hehehe
Catat Ulasan