Rabu, 9 September 2009

Aku Di Timpa Musibah!






























Semalam 08/09/09 selepas bersahur kami bertiga berbual-bual dan bergolek di atas katil sambil menunggu masuknya waktu subuh. Tiba-tiba aku terhibu seakan-akan bau minyak. Dalam hatiku berkata “Nie macam bau thinner! Tapi aku tak cat rumah!” Aku pun mencari darimana datangnya bau tersebut. Astargfirullah! Alangkah terkejutnya aku bila mendapati pintu rumahku telah disiram dengan cat merah. Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji’un…aku ditimpa musibah! Ya Allah...hatiku benar-benar sedih kerana terpaksa berpisah dengan anakku, fikiranku terharu...kini rumahku pulak kena simbah cat merah, kalau orang tak tahu mesti mereka menyangka yang aku berhutang dengan Ah Long. Malang betul nasibku!
Khabarnya ini adalah salah satu dari tektik terbaru Ah Long supaya kita membantu mereka dengan secara tidak langsung.
Bila Ah Long gagal mendapatkan si penghutang, mereka akan menyimbah cat merah kerumah jiran-jiran yang berdekatan dan kemudian menconteng nombor rumah si penghutang yang sebenar di merata tembok (lihat gambar sisipan).
Ah Long berharap supaya kita naik berang bila melihat nombor rumah si penghutang yang sebenar dan bertindak dengan meyerang atau memarahi si penghutang.
Bila kita melakukan seperti apa yang telah dirancangkan oleh Ah Long...secara tidak langsung kita telah menolong mereka (Ah Long) dengan menambahkan tekanan kepada si penghutang. Alhamdulillah aku tidak terjebak dengan muslihat mereka...mudah-mudahan Allah akan mengekalkan kesabaranku!
Rupa-rupanya bukan rumah kami saja yang kena simbah...selain dari rumah si penghutang, beberapa rumah lain yang berdekatan dengan rumah si penghutang juga telah disimbah dengan cat merah beberapa minggu yang lalu. Dengar khabarnya lagi ‘Orang-orang upahan’ Ah Long yang ditugaskan untuk menyimbah cat adalah terdiri dari anak-anak bangsaku sendiri...malah ada yang masih di bawah umur...PATHETIC!
Bila jiranku (si penghutang) mendapat tahu musibah yang menimpa kami, dengan wajah sedih dan penuh kesal dia memohon ma’af.
Aku pun tak tahu kenapa aku tak marah bila melihatnya dan tidak pula menuntut sebarang ganti rugi.
Aku malah merasa kesihan dan tak mahu menyusahkan atau menambah bebanannya walaupun dia bukan seorang Islam. Aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku telah menjalankan tanggung-jawabku...telah ku penuhi satu bahagian haknya keatas diriku sebagai seorang jiran.
Walaupun pintu rumahku tak secantik dulu namun aku redho dengan apa yang terjadi kerana setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya...mudah-mudahan ini semua adalah kafarah dosa-dosa kami. Aku pasrah pada Allah!

10 ulasan:

Penabahari berkata...

Sabarlah CT, Tentu perbuatan jahat begini akan ada pembalasannya. Yakinlah.

arsaili berkata...

salam aunty...menolong orang dalam kesusahan bukan sekadar wang ringgit, byk cara lain termasuk spt yg aunty buat...semoga kita dilindungi dari segala musibah...raya mana tahun ni aunty?

CT berkata...

Assalamu'aikum,
Such comforting words...Thanks bang!

CT berkata...

Wa'alaikumussalam Arsaili,
Your kind words are greatly appreciated...Thanks so much! Btw tahun nie auntie raya kat S'pore...jemputlah datang rumah kalau kebetulan you are in S'pore this raya:)

Maiyah berkata...

mmg mangkuk hanyut nyer ah long :(

CT berkata...

Salam,

Terima Kasih Maiyah...anda telah menceriakan saya pagi ini:)

syr1005 berkata...

Mak Long pakat ramai2 dengan jiran tangkap ah long tu bila dia mai lagi apapun mak long dah buat polis report ke?

CT berkata...

Salam Syahir,

Mak long dah buat police report dah...tu yang pertama sekali mak long buat. Sekarang nie police duk semakin kerap meronda tapi tak tau laa tu berapa lama depa nak ronda...depa suruh kita bubuh cctv kat luaq rumah lagi...

mOEha Aziz berkata...

salam aunty,

masyaallah... apa yg penting aunty dah lakukan apa yg sebaiknya... alhamdulillah

CT berkata...

Salam,
Alhamdulillah...terima kasih Muha.