Isnin, 7 September 2009

Sepilah Rumahku...





















Baru Sabtu lalu kami sekeluarga berkumpul dan iftar bersama. Makanan penuh satu meja kerana anakku yang sulung juga datang membawa juadah untuk berbuka. Selepas iftar dan solat berjema’ah rumahku menjadi semakin riuh kerana gelagat cucuku yang ‘Baik’.
Sebenarnya aku cuba menyembunyikan kesedihan hatiku kerana ini merupakan iftar terakhir anak lelakiku untuk tahun ini bersama kami. Esok dia terpaksa meninggalkan kami kerana menjalani kerahan tenaga selama dua tahun. nangih
Di Singapura semua warga negara lelaki diwajibkan menjalani kerahan tenaga selewat-lewatnya sehingga berusia 20tahun. Anakku dah dua kali dapat ‘Deferment’ kerana masih bersekolah dan kini dia tak boleh menangguhkannya lagi. Dia tak boleh melanjutkan pelajaran atau pun bekerja sehingga dia menjalani kerahan tenaga terlebih dahulu.
Apa yang paling menyedihkan adalah kerana cuma tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan berakhir...tak boleh ke panggil selepas raya? Ini yang buat aku fed-up! Dia orang macam tak ada perasaan pulak! marah
Kini tinggal kami berdua suami isteri sajalah sewaktu bersahur dan berbuka puasa nanti. Sepilah rumahku kerana anakku hanya di benarkan untuk pulang di petang raya nanti. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kekuatan untuk anakku meneruskan puasanya di sana. Aku bimbang jika dia tak terlarat...sayang puasanya jika tertinggal...takut tak terqadhak nanti. sigh
‘Aidil fitri semakin dekat, hatiku semakin sayu kerana kebiasaannya dialah yang banyak membantuku di saat-saat begini sedih lagipun aku tak pernah berpisah lama dengannya…paling lama aku terpaksa meninggalkannya walaupun ia masih kecil adalah kerana menunaikan fardhu haji...itu saja! Anakku tak ramai…cuma dua orang sahaja dan mereka adalah segala-galanya bagiku.
Kalau difikirkan…sakit juga hati ini…aku susah2 beranak orang lain pula senang2 ambil...tapi untuk memujuk hati sendiri selalu aku katakan “bukan anak aku sorang yang kena…anak orang lain pun kena juga!”
InsyaAllah esok aku akan cuba sedaya upaya untuk menahan air-mata ku...biarlah kesedihan ini ku tanggung sendiri. Aku tak mahu anakku juga turut bersedih. Aku tak tahu hati ibu2 yang lain...tapi kalau aku ada pilihan pasti tak akan aku benarkan dia pergi. Aku lebih sayangkan anakku dari negeri ini...aku tak patriotic seperti setengah2 orang...bagiku di mana bumi berpijak di situlah langit ku junjung!

8 ulasan:

mOEha Aziz berkata...

salam auntie,

sabar ya... dulu mama pun rasa mcm tu bila kami semua berjauhan...

CT berkata...

Salam Moeha,

Thanks sayang...please pray for me & my son!

Penabahari berkata...

Salam CT,
Semoga semuanya akan berakhir dengan selamat dan mudah buat anak CT. Ct pula perlu redha menerima hakikat kehidupan ini. Semoga terus ceria.

CT berkata...

Salam bang,

Amien dan Terima kasih atas nasihat abang...CT akan cuba lakukan.

syr1005 berkata...

BERTENANG DAN SABAR YA MAK LONG
SAYA HARAP ABG IMRAN DAPAT MENEMPUHI DUGAANYA BEGITU JUGA MAK LONG DAN PAK LONG

CT berkata...

Terima Kasih Syahir...jng. lupa do'akan kami di sini. Mak long do'akan agar Syahir dapat pengganti yang lebih manja & cute dari Eyang.Wassalam!

Watman Widjaja berkata...

Dear Neng

Semoga Neng,tabah selama Imran menunaikan tugas negara selama 2 tahun.
Saya bisa merasakan kesedihan seorang Ibu yang ditinggalkan oleh anaknya untuk bertugas,tetapi Imran harus melaksanakan tugas negara.
Semoga Neng mempunyai kesibukan yang banyak sehingga bisa melupakan kesedihan.

CT berkata...

Salam bung,

Alhamdulillah berkat do'a saudara-mara & teman2, saya telah mula betah dengan keadaan.
Terima kasih kerana cuba memahami perasaan seorang ibu...