Rabu, 30 September 2009

Gempa...

















Lebih kurang 6.15 – 6.20 petang sewaktu aku sedang melunsuri lelaman web...tiba2 aku rasakan seolah-olah dibuai ombak.
Eih! Kenapa nie...aku bercakap sendiri dalam hati...aku ada darah tinggi ke? Baru beberapa hari lepas aku checked BP...semuanya OK!
Aku tanya kat hubby yang sedang relax menonton TV...
“Bang, you ada rasa apa-apa tak?”
Dia tanya aku balik “Why? You feel it too?”
“Yaa laaaah...nie mesti ada earth quake kat mana-mana.”
Aku jawab perlahan. fikir
Aku terus off computer dan duduk menyelit kat sebelah dia. “Jom kita tukar chanel Newsasia...mesti ada news kejap lagi” katanya.
Memang tepat seperti yang kami duga...gempa di kawasan Sumatra...Padang. Khabarnya 7.6 – magnitude dengan berkemungkinan akan adanya tsunami …patutlah terasa lebih dari dua kali dibuai ombak...rupa-rupanya kuat gempa kali nie. Lagipun Sumatra bukannya jauh sangat dari Singapore!
Selama nie dah dua kali aku rasakan begini bila terjadi gempa di Sumatra...seram! gigil
Tak mustahil tempat tinggal kami pun boleh menjunam tunduk sujud mencium bumi jika Allah menghendakinya...tapi...ya Allah! dengan RahmatMu, jauhkanlah kami dari semua itu...amien!


6 ulasan:

Penabahari berkata...

Salam CT,
anak sy kat KL pun cerita perkara sama. Syukur tiada apa berlaku di sini. Sedih pada saudara di Sumatra. Semoga mereka tabah.

CT berkata...

Salam Bang,

Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku di sini. Mudah-mudahan akan terus begitu. Semuga saudara kita di Sumatra akan mendapat bantuan segera dari Allah & sesama manusia...amien!

pecinta_Islam berkata...

mdh2an Allah berikan ketabahan kpd keluarga mereka yg masih hdp dan mdh2an jg ia menjadikan iktibar kpd kita semua yg sedang dlm nikmat Allah yg melimpah ruah ni

CT berkata...

Amien! Terima kasih kerana sudi memberikan komentar di sini...wassalam!

LIVVY berkata...

salam sis.
rumah i dekat dengan rumah you tapi i tak rasa gegaran apa-apa pada hari itu. Singapura ni kecil kan, they say we are at the equator so kita terlindung dari bencana alam like tsunami and eathquake tapi they forgot about kuasa Allah... hopefully, Allah akan sentiasa melindung kita semua. i want to die dalam keadaan yang baik, mati dalam islam, mati dalam iman etc etc dan terus nak masuk syurga. AMIN.

CT berkata...

Semua orang nak macam tu dik...kakak pun kalau boleh nak mati & terus masuk syurga tapi dik...entahlah! Kita perbaiki diri kita & terus berdo'a dengan penuh harapan. Semuga Allah mengampunkan dosa2 kita dan dengan rahmatNya memasukkan kita kedalam syurga...amien!