
Di lautan buas,
Kau pernah tewas...
Ku kira kau lemas!
Rupanya masih bernafas...
Masih tetap bernafsu
Tak pernah lesu
Masih seperti dulu
Selalu terburu-buru...
Cubalah cermin diri...
Hidup hanya beberapa hari
Masih tak sedar diri!
Lautan luas ingin kau redah lagi...
Pulau impianmu terlalu jauh untuk kau sampai
Kau kan lemas...tanganmu kan terkapai-kapai
Tapi...tiada sebatang ranting pun yang dapat kau capai
Kau kan karam bila tubuhmu mula longlai...
© Copyright 2009 - All Rights Reserved


10 ulasan:
Salam CT,
cantik sekali tulisan CT kali ini. Bercerita tentang cermin, kata pepatah..cermin sentiasa memantulkan kebenaran tentang diri kita.
Selamat pagi dan jaga diri.
takde cermin ler tu, tak tu nak tgk muka sendiri pun tak sanggup :D
Salam bang,
Terima kasih di atas galakan abang selama ini...malah blog Melayu ini tercetus pun kerana dorongan abang...cayaaaaang abang:))
Salam Maiyah,
Camne...tenet dah baik? Terima kasih datang bertandang:))
insaf rasanya diri ini.huhu
:(
Salam Syah...
Terima kasih kerana sudi komen:)
salam aunty,
rindunya nak ke sini... cermin merupakan satu wadah pencetus keinsafan... terima kasih atas ingatan ini... :)
Salam anakanda Muha,
Gembira sungguh hati ini bila melihat Muha dah online semula...aunty rindu pada Muha...
sy tak suka tgk cermin kak sbb muka sy huduh hehe.. rompong pagar dah roboh :)
Salam Maiyah,
Apasal tak buat pagar baru? Kan akak dah kata dulu...'Beauty lies in the eyes of the beholder':)
Biar kita perasan kita tak cantik...jangan perasan kita cantik...nanti orang kata kita syiok sendiri pulak hehehe. Anyway dik, tiap2 orang ada kecantikan tersendiri termasuk adik:)
Catat Ulasan