
Sewaktu kecil aku dipelihara oleh nenekku dan selalu bersama ibu dan ayah saudaraku. Aku rapat dengan sepupu-sepupuku. Malah ramai yang menganggap bahawa ibu saudaraku atau Mak Long ku adalah ibu kandungku. Beberapa hari ini aku sering berulang-alik kerumah ibu saudaraku yang kebetulan berhampiran dengan rumahku kerana bapa saudaraku (Pak Long) sedang sakit. Aku sayang pada Pak longku, sepanjang yang aku ingat, aku tak pernah melihat anak Sumatra ini marah…dia begitu baik dan sabar. Ketika Pak Long baru berusia 15tahun, dia telah ditawan oleh Jepun dan dihantar bekerja di landasan kereta api maut, sejak hari itu, Pak Long tidak lagi berpeluang untuk pulang ke kampong halamannya.
Selepas bersara...Pak Long pernah bercadang untuk pulang ke kampong halaman dan mencari saudara-maranya tetapi rancangannya mendapat tentangan dari isteri dan anak-anaknya. Mereka bimbang ramai yang akan mengaku bersaudara dan Pak Long akan tertipu di sana. Aku tahu Pak Long sangat rindu pada keluarga dan kampong halamannya kerana ia selalu menceritakannya…kesihan pak Long! Aku kagum melihat Pak Long…sepanjang masa bibirnya dibasahi dengan zikrulloh… Sepanjang hayatku, aku belum pernah bertemu manusia sebaik Pak Long…aku memujinya bukan kerana ia adalah bapa saudaraku tapi kerana ini adalah suatu kenyataan.
Juma’at lalu hampir sehari suntuk aku di rumahnya dan kemudian ikut menghantarnya ke hospital. Di dalam bulan Syawal ini sahaja dah lebih dari empat kali Pak Long jatuh dan telah dua kali dimasukkan ke rumah sakit. Baru semalam Pak Long dipindahkan dari ICU ke ward biasa. Kini tubuh sasa yang pernah menyara 12 orang anak suatu masa dulu kelihatan tidak lagi bermaya dan berdaya. InsyaAllah setelah singgah sebentar untuk melepaskan tension dan kesedihanku di sini, aku akan pergi menziarahinya lagi. Tak senang hati ini jika tak menjenguknya walau sehari.
Ya Allah, andainya sudah tiba masa untuknya pergi meninggalkan kami, Kau permudahkanlah segalanya untuknya dan berikanlah padanya husnul khotimah...amien!
!اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا ِفيْ سَكَرَاتِ الْمَوْت...آمين
Allohumma Hawwin 'Alainaa Fi Sakaraatil Maut...Amien!
Ya Alloh, mudahkanlah kami ketika sakaratul maut...Amien!


4 ulasan:
Salam CT,
Untuk Pk Longmu kedoakan kesejahteraannya. Abang pun kini telah membawa Mak Saudara Abang yang kami panggil Udak Bibah tinggal bersama ketika dia menjalani sisa hidupnya. Kita berusaha membuat yang terbaik untuk dia. Semoga dirahmati Allah jua.
Salam bang,
Terima kasih atas do'a abang, CT sangat menghargainya. Semuga abang sekeluarga bersama Udak Bibah juga dirahmati Allah selalu.
I can hardly look at his pic sis...sad. My prayers for him and your family.
Thanks sis for coming all the way here...hugssss
Catat Ulasan