Beberapa hari lalu, aku terlihat lagi kelibat seseorang yang aku tak suka untuk melihatnya. Alhamdulillah dia tak perasankan aku sebab jarak antara kami agak jauh. Sebenarnya dia adalah bekas jiranku. Aku masih ingat lagi...(always on my mind) suatu ketika dulu aku pernah bertemu dengannya di salah sebuah kedai kopi yang berhampiran dengan Woodlands Checkpoint.
Di sebabkan lama tak bertemu, aku rasa gembira bila melihatnya tapi kegembiraan itu tidak kekal lama.
“Assalamu’alaikum…apa khabar?” Aku bertanya penuh ghairah.
Dia (Ex-Jiranku) memandang aku atas bawah macam tak pernah nampak orang...“Eih…apa dah jadi? Kenapa macam orang kampung nie?” Dia bertanya tanpa menjawab salamku.
“Apa dah jadi?” Aku bertanya kembali sambil membelek-belek diriku sendiri...Aku rasa tak ada yang janggal...tak tahulah pada pandangan mata orang lain.
“Dulu bukan main style lagi” Jawabnya dengan senyuman sinis.
“Dulu lain sekarang laiiin...dulu kita mudaaa, sekarang kan kita dah tua...tak kan masih tak ada perubahan?” Jawabku perlahan sambil menahan sebak di dada. Aku terus beredar dari situ.
“Eih...nak kemana tu?” Dia bertanya lagi
“Nak balik kampung laaa.” Jawabku menyindir tanpa menoleh...
Dalam hatiku berkata. “Lebih baik aku belah cepat-cepat sebelum darah aku naik kat kepala...nanti jadi gaduh kat kedai kopi lagi tak guna.” Agaknya kalau masa aku muda-muda dulu...besar kemungkinan dia nie dah kena penampar!
Mungkin pada pendapatnya orang yang memakai tudung seperti aku kelihatan kuno, tapi aku lebih senang begini. Aku rasa dah tak sesuai untuk aku memakai seluar ketat apatah lagi berambut merah. Walaupun aku bertudung, rambutku masih belum perlu untuk diwarnakan. Agaknya esok bila dah beruban atau rambut dah mula botak baru nak pakai tudung kot? Mungkin dia rasa pakaian yang dia pakai tu dah style sangat laa tu...tak ubah macam ‘nyonya jual sayur’!
!يا مقِّلبَ القلوب ثبّت قلبي على دينك...آمين
“Ya Muqollibal Quluub, Tsabbit Qolbi ‘Alaa Diinik...amien!
“Wahai dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ini atas agamaMU...Amien!”


8 ulasan:
aku pong.. suka kekampungan.. tenang
salam aunty,
peduli kan mereka..! yg penting insya'allah aunty ada 'kampong' yg lebih baik di sana nanti... :)
salam sis, i do not know who's that neighbour... tapi tak apa. yang nak hukum kita bukan orang tapi Allah. Semoga kita sentiasa diberi hidayah right.... thankgoodness you were able to keep calm. wise decision to walk away.. well done.
Mana mungkin kita pisahkan Melayu dari kampungnya kerana kampung sebahagian daripada kehidupan kita.
Salam & Terima kasih Maiyah:)
Salam Muha...
Mudah-mudahan aunty ada 'Kampong' yang lebih baik di sana nanti...amien! Please do'akan aunty ya? Thanks sayang:)
"Semoga kita sentiasa diberi hidayah"
Amien! Thanks dik for dropping by...nanti I cerita 'who's that neighbour'. Wassalam...hugsss
Salam Abang Pharo...CT setuju 100% apatah lagi bila belacan dah terselit kat gigi hehehe
Catat Ulasan