Isnin, 16 November 2009

Begitu Cepat Masa Berlalu...





















Lama ku renung photo ini...
begitu cepat masa berlalu...dah besar anak-anakku!sedih
Semuga kamu berdua sentiasa di dalam rahmat dan bimbingan Allah...amien!

Sabtu lalu hari ulang tahun anak lelakiku yang ke 21 tahun. Tiada 'Birthday Party' dan tiada kek berserta 21 batang lilin untuk ditiup...kami tidak pernah mengamalkan upacara seperti itu. Kebiasaannya kami akan mencari tempat yang sesuai untuk bersantai bagi melakukan activiti-activiti yang kami gemari dan kemudian makan malam bersama. Tiada majlis besar-besaran...manakala hadiah yang mereka terima, tahun demi tahun tetap sama...ciuman dan pelukan mesra serta sekalung do'a...

10 ulasan:

Penabahari berkata...

Selamat ulangtahun ke21 buat putera CT. Semoga berbahagia selamanya dan dijauhkan dari segala kesukaran dan kepayahan.

mOEha Aziz berkata...

salam aunty,

teringat pula muha pada pesan allahyarhamah moyang,yang muha pantunkan.

merak rimba jarang berkokok,
berangan tak mekar rebahlah patah,
anak umpama sebatang pokok,
dengan tak sedar sudah berbuah.

Maiyah berkata...

hapy belated bidday to anak akak.. mrk akan mencari jln dan arah mrk sendiri dgn bebekalkan semangat ibuayah nya.. tahniah kak :)

CT berkata...

Amien....Salam Bang & Terima Kasih di atas do'a abang. Itulah yang CT harapkan...kesenangan anak2 adalah kesenangan kita juga.

CT berkata...

Salam Muha,
Semakin mereka membesar semakin aunty memerlukan mereka kerana aunty semakin tua:(
tetapi aunty tak mahu bergantung dan menyusahkan anak2 jika boleh...amien!

CT berkata...

Terima kasih Maiyah...do'kan akak dan anak2 akak ya:)

sakurasa 2 berkata...

Selamat Hari Lahir buat anakanda tersayang kak CT
dan salam sayang buat kak CT dari sakura

CT berkata...

Terima Kasih & Salam Rindu Dariku.
Welcome Back Sakura!

pecinta_Islam berkata...

tahniah untuk akak..kerna berjaya membesarkan anak2 dan dpt mendidiknya dngn sempurna
:)

CT berkata...

Salam,

Tiada yang sempurna Syah...saya cuba melakukan yang terbaik yang saya tahu dengan memberikan didikan ukhrawi & duniawi pada mereka...the rest is up to Allah! Terima kasih & do’akan kami ya!