
Jiranku di seberang baru pulang dari Kapit - Sarawak. Banyak juga oleh – oleh yang dibawa pulang dan diberikan padaku. Di antaranya ialah Terung dari Sarawak. Terung Sarawak yang dibawa pulang ini tidak sama seperti terung yang ada di Semenanjung Malaysia. Ianya begitu unik dari segi bentuk dan rasa. Lihat gambar sisipan...cantik kan terungnya? Ada yang memanggilnya ‘Terung Dayak’.
Rasanya yang masam memang sedap jika dimasak asam pedas atau kari. Sebelum ini jiranku telah cuba untuk menanam terung dari Sarawak ini di halaman rumah mereka tapi tak mahu menjadi. Besar kemungkinan tanahnya kurang subur dan juga perbezaan cuaca. Mereka juga memberi benih cili dan menyuruhku untuk cuba memnyemainya. Cili yang dibawa pulang juga unit bentuknya!
Kata jiranku, mereka tidak boleh menyemai cili tersebut kerana ada pantangnya, tapi aku tidak pula bertanya lebih lanjut mengenai pantang – larang tersebut kerana aku tahu masyarakat Iban memang percaya pada perkara – perkara mistik dan banyak pantang larangnya. Sebagai jiran aku harus menghormati pendapat dan kepercayaan mereka.
Sebenarnya aku ingin ke Sabah dan Sarawak tapi masa belum mengizinkan. Aku masih belum dapat membuat pilihan.
Di Sarawak aku ada abang yang ku sayang...di Sabah ada Gunung Kinabalu...yang mana satu patut ku tuju terlebih dahulu? Tapi...kini hatiku nampaknya lebih cenderung untuk ke Sarawak. InsyaAllah suatu hari aku akan sampai juga kesana.


4 ulasan:
auntie
di serawak ada abang
di sabah ada gunung kinabalu
lebih baik pergi sabah leh panjat gunung tinggi he he he
tapi auntie rasa2nya sakura tahu
abang yang dsayang di sabah tuuuuu
Salam,
Idea yang baik tuuu...tapi rasanya dah tak larat kot nak panjat gunung tinggi, separuh jalan auntie dah mati hahaha
Terung dayak atau terung asam tuu kalau masak dengan ikan rebus dgn terubuk pastu bagi cili pedas sikit wuuhhh...sedap....
Salam bang,
Kenapa tak bagi idea awal2 lagi? CT dah masak daaah...tapi bukan ikan terubuk:))
Catat Ulasan