
Akhir-akhir ini aku telah diserang dengan sejenis penyakit. Apa yang paling menyedihkan...penyakit ini menyerangku sewaktu aku benar-benar sedang sibuk menyibukkan diriku. Besar kemungkinan kuman penyakit ini memang suka menyerang orang-orang yang telah lanjut usia.
Aku nii sememangnya dah tua, mentelah lagi bukannya kuat sangat. Dalam badan ni entah berapa banyak bekas jahitan kerana dioperasi, ini kena pulak penyakit yang dasyat nii...aku cuba untuk melawan tapi terkadang rasanya tak berdaya! Bukan mudah untuk melawan dan mengubati penyakit ini...kuman penyakit ini terlalu kuat dan ianya dikenal dengan nama ‘Malas’. Sekarang ni aku nak 'surfing' pun malas...semuanya malas! Cuma satu saja hobiku yang masih tetap aku lakukan...TIDO!
Dulu aku selalu mengamalkan do'a di bawah ini, tapi sekarang tidak lagi. Besar kemungkinan aku jadi begini di sebabkan kerana dah lama tak membaca do’a ini. Do'a ini rasanya ramai yang dah tahu...cuma aku saja yang lupa...memang padan dengan muka aku! Sekarang terpaksalah aku tanggung sendiri akibatnya...tak boleh nak salahkan sesiapa!
بسم الله الرحمن الرحيم
اللھم انی اعوذبک من الھم والحزن
واعوذبک من العجز والکسل
واعوذبک من الجبن والبخل
واعوذ بک من غلبة الدین وقھر الرجال
اللھم انی اعوذبک من الھم والحزن
Allohhumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan,
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada keluh kesah dan dukacita,
واعوذبک من العجز والکسل
wa a’uuzubika minal ‘ajzi wal kasal,
dan aku berlindung kepadaMu daripada sifat lemah dan malas,
واعوذبک من الجبن والبخل
wa a’uuzubika minal jubni wal bukhl,
dan aku berlindung kepadaMu daripada sifat pengecut dan kedekut,
واعوذ بک من غلبة الدین وقھر الرجال
wa a’uuzubika min gholabatid daini wa qohrir rijal.
dan aku berlindung kepadaMu daripada tekanan hutang dan kekerasan orang.


2 ulasan:
Salam,
Kita serupa... (sambil menyanyi ikut rentak Headwind). Tapi tido tak nak..tiap malam paling awal jam 1.00 pagi..
Salam bang,
Kita serupa rupanya:(
Alahai bang, apo nak dikato? Begini laa nasib kita 'orang lama'.
Sama2 lah kita do'a mendo'akan ya bang...take care!
Catat Ulasan