Jumaat, 6 Mac 2009

Muhammad Rasul Pilihan...

















Di Sebalik Kehidupan Seorang Insan Bernama “Muhammad”

Sebagai Kepala Keluarga, Baginda Begitu Prihatin, Sabar Dan Tawadhuk. Pernah Baginda Bersabda,

“ Sebaik – baik Lelaki Adalah Yang Paling Baik Dan Lemah Lembut Terhadap Isterinya.”

Kalau Ada Pakaian Yang Koyak,
Rasulullah Menampalnya Sendiri Tanpa Perlu Menyuruh Isterinya.

Beliau Juga Memerah Susu Kambing
Untuk Keperluan Keluarga Maupun Untuk Dijual.

Setiap Kali Pulang Ke Rumah, Bila Dilihat Tiada Makanan Yang Sudah Siap Di Masak Untuk Dimakan, Sambil Tersenyum Baginda Menyingsing Lengan Bajunya Untuk Membantu Isterinya Di Dapur.

Sayidatina ‘Aisyah menceritakan:

“Kalau Nabi Berada Di Rumah,
Beliau Selalu Membantu Urusan Rumahtangga
Jika Mendengar Azan,
Beliau Cepat-cepat Berangkat Ke Masjid,
Dan Cepat-cepat Pulang Kembali Sesudah Selesai Sembahyang.”


Pernah Baginda Pulang Pada Waktu Pagi.
Tentulah Baginda Amat Lapar Waktu Itu.
Tetapi Dilihatnya Tiada Apa Pun Yang Ada Untuk Sarapan,
Yang Mentah Pun Tidak Ada Karena Sayidatina ‘Aisyah Belum Ke Pasar. Maka Nabi Bertanya,
“Belum Ada Sarapan Ya Humaira?”
(Humaira Adalah Panggilan Mesra Untuk Sayidatina ‘Aisyah yang berarti ‘Wahai Yang Kemerah – merahan’)

Sayidatina ‘Aisyah Menjawab Dengan Agak Serba Salah,
“Belum Ada Apa – apa Wahai Rasulullah.”
Rasulullah Lantas Berkata, Tanpa Tergambar Rasa Kesal Di Wajahnya: “Kalau Begitu Aku Puasa Saja Hari Ini”

Pada Suatu Ketika Baginda Menjadi Imam Solat. Dilihat Oleh Para Sahabat, Pergerakan Baginda Antara Satu Rukun Ke Satu Rukun Yang Lain Amat Sukar Sekali. Dan Mereka Mendengar Bunyi Menggerutup Seolah-olah Sendi-sendi Pada Tubuh Baginda Yang Mulia Itu Bergeser Antara Satu Sama Lain.
Sayidina Umar Yang Tidak Tahan Melihat Keadaan Baginda Itu
Langsung Bertanya Setelah Selesai Bersembahyang :

“Ya Rasulullah, Kami Melihat Seolah-olah Tuan Menanggung Penderitaan Yang Amat Berat, Tuan Sakitkah Ya Rasulullah?”

“Tidak, Ya Umar. Alhamdulillah, Aku Sehat Dan Segar”
“Ya Rasulullah...Mengapa Setiap Kali Tuan Menggerakkan Tubuh,
Kami Mendengar Seolah-olah Sendi Bergesekan Di Tubuh Tuan?
Kami Yakin Engkau Sedang Sakit...”

Desak Umar Penuh Cemas.

Akhirnya Rasulullah Mengangkat Jubahnya.
Para Sahabat Amat Terkejut.
Perut Baginda Yang Kempis, Kelihatan Dililiti Sehelai Kain Yang Berisi Batu Kerikil Buat Menahan Rasa Lapar.
Batu-batu Kecil Itulah Yang Menimbulkan Bunyi-bunyi Halus Setiap Kali Bergeraknya Tubuh Baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah Bila Tuan Menyatakan Lapar Dan Tidak Punya Makanan, Kami Tidak Akan Mendapatkannya Buat Tuan?”


Lalu Baginda Menjawab Dengan Lembut,
“Tidak Para Sahabatku. Aku Tahu, Apa Pun Akan Engkau Korbankan Demi Rasulmu. Tetapi Apakah Akan Aku Jawab Di Hadapan ALLAH Nanti, Apabila Aku Sebagai Pemimpin, Menjadi Beban Kepada Umatnya?” “Biarlah Kelaparan Ini Sebagai Hadiah ALLAH Buatku, Agar Umatku Kelak Tidak Ada Yang Kelaparan Di Dunia Ini Lebih-lebih Lagi Tiada Yang Kelaparan Di Akhirat Kelak.”

Kecintaannya Yang Tinggi Terhadap ALLAH swt
Dan Rasa Kehambaan Dalam Diri Rasulullah saw
Menolak Sama Sekali Rasa Ketuanan.

Seolah-olah Anugerah Kemuliaan Dari ALLAH
Tidak Dijadikan Sebab Untuk Merasa Lebih Dari Yang Lain,
Ketika Di Depan Umum Maupun Dalam Keseorangan.

Baginda Pernah Tanpa Rasa Canggung Sedikitpun Makan
Di Sebelah Seorang Tua Yang Penuh Kudis, Miskin Dan Kotor.

Baginda Hanya Diam Dan Bersabar Bila Kain Rida’nya Direntap Dengan Kasar Oleh Seorang Arab Badwi Hingga Berbekas Merah Di Lehernya.

Dan Dengan Penuh Rasa Kehambaan, Baginda Membasuh Tempat Yang Dikencingi Si Badwi Di Dalam Masjid Sebelum Menegur Dengan Lembut Perbuatan Itu.

Ketika Pintu Syurga Telah Terbuka, Seluas-luasnya Untuk Baginda,
Baginda Masih Berdiri Di Waktu-waktu Sepi Malam Hari, Terus-menerus Beribadah, Hingga Pernah Baginda Terjatuh, Lantaran Kakinya Sudah Bengkak-bengkak. Fisiknya Sudah Tidak Mampu Menanggung Kemahuan Jiwanya Yang Tinggi.

Bila Ditanya Oleh Sayidatina ‘Aisyah,
“ Ya Rasulullah, Bukankah Engkau Telah Dijamin Syurga? Mengapa Engkau Masih Bersusah Payah Begini?”

Jawab Baginda Dengan Lunak,
“Ya ‘Aisyah, Bukankah Aku Ini Hanyalah Seorang Hamba? Sesungguhnya Aku Ingin Menjadi Hamba-Nya Yang Bersyukur.”


Pengorbanan Beliau Terlalu Besar Untuk Kita... Patutkah Beliau Hanya DiKenang Setiap Kali Tibanya “Maulidur Rasul”?

Marilah Kita Memperbanyakkan Selawat Untuk Baginda!

اللّـهُمَّ صَلّ على سيّدِنا محمَّدٍ وعلى ءالِ سيّدِنا محمَّدٍ

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Without doubt,He is the greatest man ever to live in this world. A perfectionist, kekasih ALLAH.Ya ALLAH
Sejahterakan lah junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga2 nya dan sahabat2 nya serta para ambiak2
yang masih hidup atau sudah meninggal. Amin.

arsaili berkata...

salam maulidurrasul ye aunty..

CT berkata...

"Without doubt,He is the greatest man ever to live in this world."

Salam to you bro...I fully agree with your statement above & that's why we have to follow his sunnah!
اللّـهُمَّ صَلّ على سيّدِنا محمَّدٍ وعلى ءالِ
سيّدِنا محمَّدٍ

CT berkata...

Thanks for dropping by Arsaili & Salam maulidurrasul to you too!
اللّـهُمَّ صَلّ على سيّدِنا محمَّدٍ وعلى ءالِ
سيّدِنا محمَّدٍ

Penabahari berkata...

Semoga CT dan famili dirahmati Allah jua pada hari yang penuh kebahagiaan ini.

CT berkata...

Amien! Terima kasih atas do'a abang. Semuga abang sekeluarga juga akan selalu dirahmati Allah! Salam sayang untuk abang sekeluarga.
اللّـهُمَّ صَلّ على سيّدِنا محمَّدٍ وعلى ءالِ
سيّدِنا محمَّ

sakurasa 2 berkata...

Salam maulidur Rssul.

Sebagaimana sabda Rasullulah sollahu a’laihi wassalam : Barang siapa yang berselawat keatasku satu selawat, maka Allah akan berselawat keatasnya 10 selawat..
( Riwayat Ahmad , ibnu Habban dan Hakim )

CT berkata...

اللّـهُمَّ صَلّ على سيّدِنا محمَّدٍ وعلى ءالِ سيّدِنا محمَّدٍ

Syukran ya ukhti Sakura:))