Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa buah lukisan dari Iman Maleki. Terpukau saya bila melihat lukisan ini kerana ia begitu ‘Hidup’ dan mempersonakan!
Iman Maleki dilahirkan pada 1976 di Tehran dan beliau memang sangat tertarik pada lukisan sejak dari kecil lagi. Pada umur 15 tahun beliau mula belajar melukis melalui hanya seorang guru sahaja. Guru beliau – Morteza Katouzian merupakan seorang pelukis handalan Iran.Pada tahun 1999 beliau mula melukis secara profesional. Beliau merupakan graduan Graphic Design dari The Art University of Tehran. Sejak dari tahun 1998 beliau telah banyak menceburkan diri di dalam beberapa pameran lukisan. Beliau mendirikan rumah tangga pada tahun 2000, dan pada tahun berikutnya beliau telah membuka ARA Painting Studio dan mula mengajar melukis. Beliau telah menerima anugerah ‘The William Bouguereau’ dan ‘The Chairman’s Choice Award’ di pertandingan ‘International ARC Salon Competition’. Jika anda ingin melihat lebih banyak hasil karyanya atau untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk : http://www.imanmaleki.com





2 ulasan:
AUNTIE CT memang cantik lukisannya..lukisan 3 gadis pingitan tu yang paling cantik.
Salam Sakura,
Lukisan yang Sakura suka itu memang cantik...auntie suka lukisan yang pertama:)Thanks sweetie for your times!
Catat Ulasan