Isnin, 16 Februari 2009

Aku Bertuah…Masih Ada Kampung!


Riang bukan kepalang bila balik kampung…sedih benar bila nak pulang. Mudah – mudahan ini bukan kali terakhir bagiku!
Sebelum pulang, aku menziarahi pusara ayah untuk mengucapkan selamat tinggal sedih kemudian terus melunsur ke rumah mertua adikku untuk makan tengah hari. Di sana kami sekeluarga dijamu dengan makanan yang paling istimewa...‘The Best In The World’...‘Ikan Keli Bakar’ lapar
Biasanya ‘Orang Utara’ memang suka makan ‘Ulam’ & ‘Sambal Belacan’…ini ditambah dengan ‘Ikan Keli Bakar’ ’...minum ‘Air Kelapa Muda’...duduk kat tepi bendang...best giler!
Makan kat hotel 5* pun tak best macam tuu!

Bila aku diberi kesempatan untuk merasakan nikmat Allah yang sebegini…aku teringat pada teman – temanku di kota. Kesihan pula rasanya melihat ‘Warga Kota’ yang tak ada kampung. Biasanya mereka yang mencintai alam semula jadi, teringin sangat untuk merasakan suasana hidup di kampung. Bertuah rasanya bagi kita yang masih ada kampung tetapi sedih dan menyampah pulak bila ada ‘Orang Kampung’ yang berhijrah ke kota dan mengada-mengada tak sedar diri...apatah lagi bila dapat pergi ke negeri ‘Orang Putih’.
Ada tuuu nak cakap Melayu pun malu...pelat dibuat – buat tetapi belacan masih terselit kat gigi! Lebih menyedihkan lagi bila mereka lupa pada asal - usul mereka... lupa pada adat resam dan budaya malah ada yang berani meremehkan ugama!marah
Mudah – mudahan keluargaku tak akan jadi macam tuuu...amien!


6 ulasan:

sakurasa 2 berkata...

Aunti bestnya ikan keli bakar tu, kalau masak lemak cili api lagi bestkan.

CT berkata...

Salam Sakurako,

Hang nii bagi ayaq lioq auntie meleleih laaa...

Penabahari berkata...

Pernah terdengar madah
"Kamu boleh keluarkan Melayu dari kampungnya tapi kamu tidak mungkin dapat keluarkan kampung dari Melayu."
Mendalami makna dan falsafah kamopung akan mengajar manusia erti kehidupan bermasyarakat.

CT berkata...

Salam,

Cantik dan banyak kebenaran pada madah tersebut...berdiri bulu roma CT bila membacanya! Mungkin kerana CT adalah warga kota yang berjiwa kampung...mudah-mudahan masih ada semangat kampung di dalam jiwa-jiwa anak2 Melayu kita...amien!

sakurasa 2 berkata...

autie...autie...mana antie ni bersembunyi he he he

CT berkata...

Auntie tak bersembunyi TAPI bertapa dalam gua laaa sayang hahaha