Kami sampai ke destinasi hampir empat petang...tak tahulah berapa kali kami berhenti rehat sewaktu di dalam perjalanan. Setibanya di rumah adikku yang kebetulan bersebelahan dengan rumah buruk ayah yang terbiar dan tak berpenghuni, kami disambut oleh beberapa orang ahli keluarga yang ada, termasuk dua orang ‘Lanun Pencen’ yang telah tiba lebih awal dengan menaiki kereta api.
Sebagai ‘Warga Emas’ kedua ‘Lanun Pencen’ ini mendapat potongan harga yang istimewa dan lumayan dari KTM, jadi sudah tentulah mereka tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini untuk ‘Travel First Class’ (ini lanun high class daaaah!) ‘Lanun Pencen’ yang dimaksudkan itu, tak lain dari ibu saudara ku dan ibuku sendiri (Sorry Mother...Sorry Mak Long...anakanda bergurau saja)
Adik lelaki ku yang bongsu yang terlalu sibuk menyibukkan dirinya juga datang pada hari itu...Alhamdulillah, dapat juga aku menampaq dan mencubit pipinya yang semakin tembam.
Selalunya bila kami pergi kemana – mana; melancong atau melencong...kami lebih suka tinggal di hotel atau di rumah tumpangan, bukan di sebabkan kami cerewet atau sombong...tetapi kami takut dan tak suka menyusahkan orang. Namun kali ini, atas cadangan bonda dan adinda-adinda tercinta...kami mengambil keputusan untuk tinggal di rumah salah seorang dari mereka, kerana kebanyakan tempat telah penuh di sebabkan Tahun Baru Cina. Syiok juga dapat siksa ipar – duai sekali sekala!
Malam itu kami sempat bersembang dan merancang itinerary untuk esok hari sambil ‘muntah kedarah’ roti canai dan menonton T.V. Kami terpaksa tidur awal (lebih kurang 12.30malam) kerana keletihan dan mempersiapkan diri untuk mengganas lagi.





6 ulasan:
Salam,
Seronok benar dpt bertemu sanak saudara ipar duai...tapi perjalanannya tentu cukup meletihkan.
Wah bestnya balik kg,dok ramai2 makan roti canai lagi, sakura dok cari dlm gambar mana satu cik ct bersembunyi....
Salam,
Memang seronok bang TAPI...bukan kata letih...lechouk terus hahaha
Salam Yang,
Mana boleh nampak...kita tengah ambil gambar...nanti bhg. lain hang boleh cari nooo ;))
Eloo sis..ade gak selit gambaq cek no...gmabq yg len2 tu bila nak update?
Salam dik,
Mestilaaaaah...hang kan one of my fav. gambaq yang lain tu nanti2lah dulu...banyak kerja lain lagi...nak check share market...kena alert takut tak sempat juai harta karun nanti hahaha
Catat Ulasan