Isnin, 1 Disember 2008

‘Bila Lanun Menganas’


Di sebabkan Suvarnabhumi International Airport telah ditutup kerana penunjuk-penunjuk perasaan PAD (The People’s Alliance For Democracy) masih lagi tidak mahu berganjak...maka ada ‘Lanun-lanun’ dari Singapura yang merasa begitu kecewa kerana terpaksa membatalkan niat mereka untuk mengganas di Chatuchak Bangkok semasa musim cuti sekolah ini . ketukmeje
Salah seorang dari ‘Lanun-lanun’ tersebut telah mengambil keputusan untuk membawa ‘Kuncu-kuncunya’ menyeberang tambak dan menyerang Malaysia. setan
Beliau yang dikenali sebagai ‘Salmi’ telah mengarahkan ‘Lanun-lanun’ lain yang ingin turut serta, tidak kira di mana pun mereka berada supaya berkumpul di suatu tempat rahsia.

Akhirnya pada hari Sabtu lalu ‘Lanun-lanun’ tersebut telah menyerang dan mengganas di rumah Puan Mariam. Banyak Kepak Ayam, Sausage, Jagung dan Marshmallows dibakar...beberapa keping tingkap pula telah pecah di sebabkan keganasan ‘Kuncu-kuncu’ mereka yang tidak berpengalaman dan masih di dalam latihan. Seperti biasa, apabila ‘Lanun-lanun’ berkumpul...mereka pasti terus menganas sampai ke pagi...DASYAT!gatai
Sebenarnya...saya juga adalah salah seorang dari anggota mereka
setan Pada hari tersebut, saya yang sepatutnya mengambil gambar dari awal-awal lagi menjadi lupa kerana terlalu kekenyangan dengan ‘Chocolate cakes’ dan ‘Ice-cream’...gambar-gambar hanya diambil setelah ramai ‘Lanun-lanun’ yang ‘Mabuk & Pengsan’
Khabarnya pada 22December nanti...‘Lanun-lanun dari utara’ akan turun ke selatan untuk ke Pulau Sentosa dan kemudiannya akan bergabung dengan ‘Lanun-lanun’ dari Singapura untuk menyerang Johor...tak tahulah apa yang nak dibakar kali niii…jangan bakar rumah sudah laaaah! adus







6 ulasan:

arsaili berkata...

salam...conference saya di Chiang Mai juga dibatalkan sebab ramai presenter dr US and UK yg kena ke Airport Bangkok sebelum ke Chiang Mai..banyak penerbangan dibatalkan so terpaksa pihak penganjur membatal conference minggu depan

CT berkata...

Salam,

Aduh Kesiannya!Tu laa yang kecoh sikit...dengar kata kat Utapao Pattaya pun pack! SQ pula dah batalkan banyak penerbangannya ke sana:(

sakurasa 2 berkata...

ct gambar-gambar tu gambar ct sedang bersantai bersama keluarga di halaman rumah ct ke?

CT berkata...

Salam Sakura,

Bukan...gambar2 tu semua diambil di rumah emak CT:))

Penabahari berkata...

Bila agaknya lanun-lanun nak menyeberang laut Cina Selatan. Kami sedia bertempur dengan lanun-lanun yg datang.

CT berkata...

Mencabar Nampak? Jangan menyesal!lol