
Ketakwaan Nabi Ibrahim a.s dan kepatuhan Nabi Ismail a.s sebagai seorang anak...‘No Questions Asked’ di dalam menjalankan perintah Allah telah diabadikan di dalam Al-Quran.
Peristiwa ini telah dikaitkan dengan ibadah korban yang dilakukan pada setiap hari Nahar (10hb.Dzulhijjah) hingga ke hari-hari Tashriq (11,12 & 13hb.Dzulhijjah)
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.” (As-Soffat: 102)
Bagi ku...aku belum pernah melihat haiwan korbanku dikorbankan dihadapan mataku sendiri...aku masih belum mampu melakukannya lagi! Ada wanita yang tak sanggup melihat atau merawat anak lelakinya bila berkhatan tetapi hati mereka begitu cekal untuk melihat ibadah korban dilakukan. Mudah-mudahan suatu hari nanti aku dapat mencekalkan hati ini untuk melihat darah pertama mengalir ke bumi...InsyaAllah!
Ibadah korban sepatutnya kita lakukan dengan penuh keiklasan dan kesyukuran sebagai tanda kepatuhan kita terhadap perintah Allah dan bukannya suatu pesta tahunan yang melambangkan kemewahan untuk menjadi suatu kebanggaan!
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu.Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.” (Al – Hajj: 37)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan