Sirih:Piper Betle L
Bila hidung sepupu ku berdarah, nenek ku akan mengulung daun sirih dan menyumbatkannya ke dalam lubang hidung sepupuku dan menyuruhnya berbaring...beberapa minit kemudian darah akan berhenti. Begitulah salah satu cara pengubatan traditional yang kami amalkan.
Semasa dalam pantang kami hanya mengunakan air rebusan sirih untuk dijadikan ubat cucian bagi menghilangkan bau darah dan menyembuhkan luka selain dari menyapukan getah dari biji manjakani yang telah diasah. Dolu-dolu mana ada ubat-ubatan canggih macam sekarang niii...
Suatu ketika dulu semasa di Kudus, aku pernah bertemu dengan seorang tukang urut yang menyarankan supaya rajin meminum air rebusan sirih untuk melangsingkan badan...bila dah semakin ‘Muda’ aku jadi malas dan tak kuasa nak amalkan lagi. Sekarang niii...‘I only have time to feel good but I have no time to look good!’
Di antara beberapa khasiat air rebusan sirih selain dari yang telah diceritakan di atas adalah :
- Bagi mengubati penyakit keputihan
- Menghilangkan bau badan
- Ubat berkumur-kumur bagi gusi berdarah dan mulut berbau...tapi jangan lupa pula pergi ke dentist kerana manalah tahu mungkin anda mempunyai masalah lain seperti gigi berlubang dsb.


4 ulasan:
salam..arwah nenek dulu kalau saya terbenjol ker..sebab punya la lasak di zaman kanak2...dia akan letak sirih dgn minyak makan sedikit..then panas kan sedikit dgn api...make sure daun tu panas2 suam..baru tekap pada benjol...tekap perlahan2..nak kasi kurang bengkak tu...
Salam,
Thanks a lot Arsaili. Sekarang kita dah dapat kongsi dan menambah ilmu Alhamdulillah!
Memang banyak khasiat daun sirih.Teringat ku dulu,sorang makcik
mengubati saorang kena penyakit 'dena'ia itu bengkak2 kaki.Katanya pantangnya tak boleh urut dengan minyak urut kerana boleh membengkakkan lagi.Dia mengunakan daun sirih.Selepas di semboh ka kaki si penyakit,merah padan tempat bengkaknya.Beberapa hari kemudian hilang bengkaknya.Satu lagi kehebatan daun sirih ini, pengalaman ku berkerja di Pakistan.
Orang2 sana suka makan daun sirih yang di namakan 'pan'.Kata mereka, makan 'pan'lebih 'shiok' dari menghisap rokok.(Macam tergolek dog)Itulah keistimewa daun sirih.
Shukri...
Salam Danial,
Terima Kasih kerana sudi berkongsi pengalaman. Saya pun suka juga 'sekaki' jika secara kebetulan bertemu dengan orang2 yang makan sirih...memang shiok:))
Catat Ulasan