Jumaat, 3 Oktober 2008

‘Eidul Fitri...


Sering kita dengar beberapa ungkapan dalam bahasa Arab yang mengiringi ucapan selamat hari raya…tapi apakah maknanya? Jom! kita kongsi bersama supaya kita dapat lebih menghayatinya, kerana bagi saya ungkapan-ungkapan tersebut lebih merupakan suatu do’a.

  • Taqobbalallohu Minna Wa Mingkum Shiyamana Wa Shiyamakum - Semuga Allah Menerima (amalan) Dari Kami Dan Dari Kamu, Puasa Kami Dan Puasa Kamu.
  • Kullu ‘Amm Wa Antum Bikhoir – (Semuga) Setiap Tahun Kamu Di dalam Kebaikan.
  • Minal 'Aa-idin Wal Faa-i-zin – (Semuga termasuk) Dari Orang-orang Yang Kembali Dan Dari Orang-orang Yang Menang.
Tapi kalau sengaja tak puasa tanpa sebab... tak layaklah kita menerima ucapan Minal 'Aa-idin Wal Faa-izin...nak diikutkan berhari raya pun kita tak layak…betul tak? ihikhik
Jom! sama-sama kita fikirkan…mudah-mudahan jika masih di panjangkan umur (pada yang sengaja tak puasa) maka akan adalah perubahan di tahun hadapan...senyum

Apa yang saya tampilkan di sini merupakan makna dari keseluruhan ayat yang dapat saya fahami dan bukan dari ungkapan kata satu persatu...teguran yang membena amatlah dialu-alukan jika terdapat kesalahan atau kesilapan...Wallohu'alam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekalipun melelahkan namun amat membahagiakan dan mengembirakan! senyum
Selamat Hari Raya ‘Eidul Fitri Ma’af Zahir Batin...
Taqobbalallohu minna wa mingkum !


















Penuh Sesak Sampai Ke Dapur... surprised















Tak Cukup Kerusi...Terpaksa Bentang Tikarsengihnampakgigi

8 ulasan:

arsaili berkata...

salam..wahhh meriahnya aunty..sonok kan

CT berkata...

Salam...

Thanks for dropping by...jemputlah makan apa yang ada:))

Tanpa Nama berkata...

Kemesraan dan keriangan pada mereka jelas kelihatan di gambar pada Hari Raya ini sungguh menyeronokan,kesoronokan mereka melalui menyambut hari yang berbahgia ini.Insha Allah,jika di izinkan Tuhan, dapatlah kita menyambutnya pada tahun2 akan datang.Amin.

Mohon ampun dan maaf.....

Salak berkata...

Wah! Wow! Gembiranya! Syukur! Begitulah sehendaknya!

Boleh saya sentuh pendapat berikut?

"Tapi kalau sengaja tak puasa tanpa sebab... tak layaklah kita menerima ucapan Minal 'Aa-idin Wal Faa-izin...nak diikutkan berhari raya pun kita tak layak…betul tak? ihikhik

Jom! sama-sama kita fikirkan…mudah-mudahan jika masih di panjangkan umur (pada yang sengaja tak puasa) maka akan adalah perubahan di tahun hadapan...senyum"


Betul juga kalau "tak ada sebab"! Setuju! Dan inilah sudut yg mungkin perlu sekali-sekala kita ingat.

Dari segi am, ada orang-orang, golongan terbesarnya Muslim di seluruh dunia, tidak dapat makan 3 kali sehari. Corak hidupnya berlainanlah dpd kita; mungkin makan sekali sehari kalau pendapatan mereka seorang kurang US$1.00 (+- RM$3.00). Dalam keadaaan begitu "puasa" bagi mereka adalah seumur hidup jika tiada perubahan bermakna. Jangan kecil hati, bukan tujuan saya terpesung. Hanya ingin meluaskan lagi makna-makna yg biasa kita terima.

Hanya bagi renungan bersama, "puasa" sekarang menonjolkan satu fenoma am - poverty atau kemiskinan. Jika sudut agama kita cuba diingatkan seluk-beluk hidup mungkin timbul perspektif baru atau meluas. Dengan "kemajuan", kononnya, kita boleh dan berpeluang menangani masaalah ini.

Disekeliling kita, apa "yang biasa kita terima" berubah maknanya dengan masa dan sehendaknya begitu---dari yang tak baik ke tahap yang indah. Dalam lain perkataan hakikat "tamaddun".

Orang yang tiada mungkin boleh kita perkasakan supaya mereka mampu. Dalam lain perkataan, maaf jika agak kasar, kita tak dapat jual apa-apa kepada orang yg miskin. Ungkapan English yang tepat---"prosper thy neighbour"!

Apa jawapan jika kita ingin mengharungi semangat ini, "'ibadah" ini? Untuk renungan!

Maaf jika kasar kata dan Selamat Raya! :-) !

CT berkata...

Salam Danial,

Selamat Hari Raya dan CT juga memohan ampun dan ma'af pada Danial jika ada senda gurau dan terkasar bahasa...Taqobbalallohu minna wa mingkum! Semuga kita diizinkan Alloh untuk bertemu dengan Romadhon tahun hadapan dan termasuk di dalam golongan 'Minal 'Aa-idin Wal Faa-i-zin'...Amien!

CT berkata...

Salak Serawak Berkata "Maaf jika kasar kata dan Selamat Raya!"

Salam,
Tiada apa yang perlu dima'afkan akhi! Terima kasih kerana sudi memberi pendapat anda...pendapat yang patut kita renungi dan fikirkan bersama. Terserahlah pada diri masing2 untuk mempertimbangkannya.

Penabahari berkata...

Salam buat CT & famili. Abg beraya di Sg Petani tahun ni bersama 3 orang anak di sana. Baru balik ke Kuching 9.10.08 yg lalu.
Lama benar tidak merayau di alam maya atas kecacatan kenderaan maya kita.

CT berkata...

Salam bang...wah! mesti best raya kat Kedah! Patutlah lama tak mai sini...chek rinduuuuu kat abang!Salam sayang dari CT untuk abang sekeluarga.