Isnin, 13 Oktober 2008

Ahad 12hb. October...‘Yang Di Pertuan Agung’ Datang Berkunjung...


‘Yang Di Pertuan Agung’ senyumkenyit
















Bila ‘Yang Di Pertuan Agung’...[Bapak Mertua aku daaaah!] sengihnampakgigi Datang Berkunjung...kembang kuncup pembuluh jantung! Apatah lagi bila diiringi hulubalang – hulubalang yang nampak serius dan garang…SERAM! gigil
Dah hampir 37 tahun aku bersama anaknya ‘Putra Mahkota Raja Muda’...tapi di sebabkan ‘Yang Di Pertuan Agung’ tu terlalu tinggi darjat dan kedaulatannya...aku masih seram sejuk tiap kali dia datang berkunjung.jelir
Namun aku merasa gembira dan bangga kerana dalam keadaannya yang begitu lemah di sebabkan telah lanjut usia…dia masih menggagahkan dirinya untuk mencemar duli mengunjungi aku rakyatnya yang hina. Sayu hati ku melihatnyasedih
Hari tu aku lihat ‘Putra Mahkota Raja Muda’ bukan main gembira bersama kerabat – kerabat di raja...Al–maklumlah dah lama hidup dalam buangan di negeri Antah Berantah semenjak memperisterikan aku rakyat biasaaa...jealous pulak aku! setan
Aku duduk one corner aje laaah..bimbang tersalah cakap...takut pulak kena hukum pancung jika Tuanku murka! gelakguling
Semuga Allah Melanjutkan Usia ‘Yang Di Pertuan Agung’ Dan Merahmati Baginda Di dalam Kesihatan Dan Keiman...Daulaaatt Tuanku!

‘Kerabat Di Raja’ kenyit

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menatap gambarnya sudah membuat ku menitis air mata mengenangkan kenangan manis zaman remaja ku bersamanya, bergurau senda dan banyak memberi ku nasihat2 yang berguna.Teringat ku juga cerita lawaknya yang sangat mengelikan hati ku sampai ka hari ini.Teringat ku juga dia mempunyai motosikal BSA lama
yang tak boleh di pakai lagi,tetapi tetap di simpannya dan menjaganya dengan rapi.Banyak lagi boleh ku ceritakan, tetapi biar lah ku simpan untuk buat diri ku.Terima kasih CT atas gambar yang di pertunjukkan kerana mungkin sudah 25 tahun ku tidak menemuinya.Bentuk wajah tak berubah,mungkin usia lanjutnya melalui zaman. Tepat sekali tajuk blog CT ini.Pada ku dia tetap "Yang Di Pertuan Agung'.Jika di izinkan Allah,kalau CT berjumpa dia lagi,kirim salam ku kepadanya.Entahlah, masa begitu cepat berlalu.....

Terima kasih

CT berkata...

Salam!

Apa khabar orang kampong? :)) Alhamdulillah gambar 'Yang Di Pertuan Agung'telah membuat anda keluar dari kepompong walaupun masih tetap berselindung-selindung...InsyaAllah CT akan sampaikan salam anda padanya. Memang dia 'Yang Di Pertuan Agung' kerana rasa hormat yang menebal di hati kita padanya masih tetap ada. Entahlah...jika diizinkan Allah mungkin anda masih berpeluang menemuinya...semuga Allah melanjutkan usianya...amien!:((