Sabtu, 18 Oktober 2008

Dzulhijjah Datang Lagi...

Mecca Expansion – Blue Print














Tidak lama lagi bulan Dzulhijjah akan menjelang. Bulan Dzulhijjah merupakan bulan terakhir di dalam kalendar Hijriah.
Pada bulan ini umat Islam dari segenap pelusuk dan ceruk rantau dunia ini akan berpusu-pusu menuju ke kota suci Mekah untuk menunaikan fardhu haji...mereka akan berwukuf di Arafah pada tanggal 9 Dzulhijjah...hari yang merupakan kemuncak haji. Bagi yang belum pernah ke tanah suci...pasti anda menaruh harapan supaya dapat menjejakkan kaki kesana walaupun hanya sekali di dalam seumur hidup anda. Sementara bagi yang telah pernah kesana pula…hati pasti menggelitik untuk pergi lagi.
There’s no place on earth like Mecca or Medina!!!
Sebagai contoh; seandainya tahun ini kita telah bercuti ke Australia, tahun depan kita mungkin ingin ke tempat lain pula…mungkin America atau Canada atau Jepun dan sebagainya… selalunya kita tidak mahu bercuti dan melihat tempat yang sama tahun demi tahun, bukankah begitu keadaannya? Tetapi ini berlainan pula keadaannya dari Mekah dan Madinah...anda tidak akan pernah jemu untuk kesana dan akan sentiasa merinduinya…malah sewaktu anda masih lagi di sana dan belum pun pulang ke tanah air... anda akan berazam untuk pergi kesana lagi...mark my words!
Pada ‘Duyufur Rahman’ yang akan ke sana tidak lama lagi, penuhkanlah ilmu di dada supaya anda tidak hanya bergantung dan mengharapkan mutawwif semata-mata. Anda akan terkapar sendirian dan akan menjadi buntu tanpa ilmu seandainya anda di takdirkan terpisah dari mereka. Marilah sama-sama kita berdo’a semuga Allah akan memberikan kesihatan dan kekuatan…baik dari segi rohani atau pun jasmani. Perbetulkanlah niat dan bulatkan tekad hanya kerana Allah! Seperti apa yang telah disebutkan di dalam sebuah hadis yang masyhur... (saya hanya memetik sebahagian darinya)

…إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّـيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلٍّ امْرِئٍ مَا نَوَى

“Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya…”

Keadaan cuaca yang berbeza dan penuh sesak dengan lautan manusia akan benar-benar menguji kesabaran dan ketabahan kita dari segi mental dan fizikal.
Apalah daya kita yang lemah tanpa pertolongan Allah!
Seandainya niat kita ikhlas semata-semata kerana Allah...InsyaAllah segala-galanya akan menjadi mudah. Jangan sombong dan bangga diri...kita kesana bukan untuk mencari title ‘Hajah’ atau ‘Haji’...takbole
Ingatlah di bumi mana kita sedang berdiri!!!

Perbanyakkanlah membaca Hauqolah dengan penuh kerendahan hati: ...لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ

“Tiada Daya DanTiada Kekuatan Melainkan Dengan Pertolongan Allah.”

SEMUGA ANDA AKAN MENDAPAT HAJI YANG MABRUR!!!

Saya bukan ustazah…pengetahuan ugama pun tak sebanyak dan setinggi mana…Kelulusan? Hanya B.A (Belum Ada) sengihnampakgigi
Di sini saya hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman...
Nasihat dan teguran yang membena jika terdapat sebarang kesilapan…AMATLAH DIALU-ALUKAN senyumkenyit

...الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ

Bukankah ugama itu nasihat?

8 ulasan:

arsaili berkata...

salam...saya ingin ke sana...doa for me k

CT berkata...

Salam,

InsyaAllah...mudah-mudahan Allah akan mempercepatkan langkah mu kesana...amien!

Penabahari berkata...

bERBAHAGIALAH MEREKA YANG TELAH MENJEJAK KAKI KE tANAH sUCI.

Tanpa Nama berkata...

hebatnya gambar, mekah ke tu? hmm, sedar tak sedar kalau diperhatikan pembinaan di sekeliling Baitullah tu, semuanya tinggi meliputi Kaabah tu sendiri....manusia x sedar ye

CT berkata...

Salam Pharmy,

InsyaAllah mudah-mudahan anda akan menjadi salah seorang dari orang2 yang berbahagia yang telah anda sebutkan itu...amien!

CT berkata...

Etomyam berkata:
"...kalau diperhatikan pembinaan di sekeliling Baitullah tu, semuanya tinggi meliputi Kaabah tu sendiri....manusia x sedar ye"

Salam etomyam,
Terima kasih kerana sudi datang berkunjung...
Mungkin bukan x sedar...cuma tak perasan kot :))

Tanpa Nama berkata...

Niat dan hajat ku ingin ka sana.Insha Allah, jika di izinkan Tuhan aku pasti ka sana.Doa kan ku semoga cita2 ku tercapai menunaikan rukun Islam yang kelima, sebelum ku tinggalkan alam dunia yang fana ini.

Semoga Allah mencucuri Rahmat pada keluarga CT,Insha Allah.

CT berkata...

Salam Danial,
Sememangnya setiap orang Islam yang beriman pasti bercita-cita untuk kesana. Sayu hati CT membaca comments Danial. InsyaAllah Danial akan kesana satu hari nanti…Amien! Marilah kita sama2 terus berdo’a dan berusaha. Jom! Kita kesana tahun depan... InsyaAllah kita jumpa di sana nanti OK?