
Bila Ramadan...bertambahlaaaah berat badan, bukan berkurangan…apa tidaknya; kurang melakukan ibadah tapi banyak menghadapi juadah…Almaklumlah aku nie bukan ‘Ahli Ibadah’ tapi ‘Ahli Mentah Kedarah’!
‘Tarawih’ lapan raka’at aku dah termengah-mengah...Korang semua jangan ikut macam aku pulak!
Sekarang dah penghujung Ramadan…bukan saja masjid dah mula kosong tapi tak lama lagi dah susahlah aku nak cari ‘Kueh Jongkong’...itulah yang buat aku sedih sangat nieeeeee!
Kueh Jongkong bukan senang nak jumpa...TAPI di bulan Ramadan...SEMUA ADA! Yang dah mula luput pun timbul semula!
Kalau bukan Ramadan memang payah nak cari kecuali di kedai-kedai tertentu…itupun belum tahu jumpa! Inilah salah satu sebab yang buat aku seronok sangat bila Ramadan tiba…aku rasakan bulan Ramadan terlalu jauh lebih pendek berbanding Syawal...sedihnya Ramadan akan meninggalkan kita!
Alhamdulillah kita masih lagi diBeri peluang tahun ini...mudah-mudahan kita dapat lagi berjumpa dengan Ramadan di tahun hadapan (dalam keadaan sihat wal’afiat untuk beribadah dan menghadapi juadah)...InsyaAllah!
Pada yang mengenali diriku...ampunkanlah segala salah dan silapku serta halalkanlah makan dan minumku! Selamat Berpuasa Dan Selamat Meyambut Syawal Yang Bakal Tiba...
P.S: Peluk cium untuk adik-adikku yang sangat kusayangi di kampong esp. ‘Kembaq Siamku’... Mr. Kundoq!









