
Bila Ramadan...bertambahlaaaah berat badan, bukan berkurangan…apa tidaknya; kurang melakukan ibadah tapi banyak menghadapi juadah…Almaklumlah aku nie bukan ‘Ahli Ibadah’ tapi ‘Ahli Mentah Kedarah’!
‘Tarawih’ lapan raka’at aku dah termengah-mengah...Korang semua jangan ikut macam aku pulak!
Sekarang dah penghujung Ramadan…bukan saja masjid dah mula kosong tapi tak lama lagi dah susahlah aku nak cari ‘Kueh Jongkong’...itulah yang buat aku sedih sangat nieeeeee!
Kueh Jongkong bukan senang nak jumpa...TAPI di bulan Ramadan...SEMUA ADA! Yang dah mula luput pun timbul semula!
Kalau bukan Ramadan memang payah nak cari kecuali di kedai-kedai tertentu…itupun belum tahu jumpa! Inilah salah satu sebab yang buat aku seronok sangat bila Ramadan tiba…aku rasakan bulan Ramadan terlalu jauh lebih pendek berbanding Syawal...sedihnya Ramadan akan meninggalkan kita!
Alhamdulillah kita masih lagi diBeri peluang tahun ini...mudah-mudahan kita dapat lagi berjumpa dengan Ramadan di tahun hadapan (dalam keadaan sihat wal’afiat untuk beribadah dan menghadapi juadah)...InsyaAllah!
Pada yang mengenali diriku...ampunkanlah segala salah dan silapku serta halalkanlah makan dan minumku! Selamat Berpuasa Dan Selamat Meyambut Syawal Yang Bakal Tiba...
P.S: Peluk cium untuk adik-adikku yang sangat kusayangi di kampong esp. ‘Kembaq Siamku’... Mr. Kundoq!




8 ulasan:
memang seronok bila ramadhan... buat orang yang boleh ke bazaar... yang duduk kat rumah looking at the 4 walls hari-hari tu lah yang interesting. duduk...belek tembok tiba-tiba ada idea....ha! "hang chat rumah lah... dah nak dekat 15 tahun rumah aku tak chat-chat".. dia kata. badan tak larat tapi tengok muka dia kesian. tak dapat tolong dia dari segi keewangan, aku tolong lah dia lagu ni... itu sedekah aku buat mak aku di bulan ramadhan ini...ooi kak, kalau hang buat sambal goreng, nanti hang bagi kat kami sikit no..love you.
Oooi…hang mengumpat mak hang no... nanti aku habaq kat dia…hang kata dia tak larat? Dia lagi kuat dari kita tauuuu…kita bedua nie badan saja besaq. Hang nak pi bazaar? Nanti aku mai ambek hang kita pi sama-sama…kita mentah kedarah banyak2 LOL
Sambai goreng? Pasai hang mau…aku tak jadi buat hahaha…love you too!
mmg sronok.. rasa cerianya tu lain sket
slmt hari raya.. maaf zahir batin..
Kakak pun minta ma'af zahir batin...Mudah-mudahan lepas Ramadan kita boleh kurus sikit ye hehehe Wassalam & Selamat Hari Raya!
Seronoklah CT ke Bazar tu. Abg pegi jua sekali sekal ke Bazar, saja nak lepaskan rindu melihat telatah sesama insan. Makan abg kena kontrol. Nasib tahun ni berat badan menurun 4kg selepas puasa. Harap abg dapat terus kawal permakanan abg jika tak nak jadi macam kerbau.
Apa pun maaf jua abang pohonkan jika ada salah dan silap.. Berbahagialah menanti kehadiran Syawal dan tentu sekali kita sedih ditinggal ramadan yg penuh keberkatan. moga ketemu pada ramadan yang akan datang.
Amin! Mudah-mudahan Allah Makbulkan Do’a Kita.
P.S: Macam Kerbau Dah Bagus…CT Macam Gajah LOL
salam aidilfitri juger wat akak CT ittewww.. ja’alanallahu minal ‘aidin wal faizin, maaf zahir batin dr me yg jauh dimata..
Terima Kasih Kerana Bertandang Kemari...Kakak Cuba Nak Membalas Kunjungan en_me Tapi Tak Berjaya Ke Blog en_me...sorry
Catat Ulasan