Khamis, 17 Jun 2010

Orchard Road Banjir?
















Semalam 16hb June 2010...Singapura digemparkan dengan ‘Banjir Kilat’ yang melanda Orchard Road. Ramai yang tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku. Mungkin pada fikiran dan pandangan ‘Sesetengah Manusia’ banjir begini hanya boleh berlaku di Indonesia, Thailand, Filipina atau Malaysia...tak mungkin di Singapura!
Terkadang ‘kita’ lupa bahawa ada kuasa lebih besar yang boleh melakukan apa yang ‘Dia’ suka...‘Natural Disaster’ boleh berlaku di mana-mana...hatta di sebuah negara maju dan tercanggih di dunia sekalipun! Sebagai manusia yang lemah...kita sepatutnya sentiasa ingat pada kebesaran tuhan dan selalu memohan perlindungannya...bukan mendabik dada!
Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Semuga akan ada solusi yang dapat menghindarkan perkara ini dari terjadi lagi kerana ia bukan pertama kali.
Mungkin hujan lebat yang turun semalam patut disaman! setan

اللهم صيباً نافعا...آمين

Allohumma Soyyiban Nafi'a...amien!

Ya Allah, semuga hujan lebat yang turun membawa manfaat...amien!

10 ulasan:

Maiyah berkata...

apapun bleh berlaku skrg kan.. dunia dah semakin ke penghujung..

CT berkata...

Teriam kasih dtng ziarah! Memang betul tu dik...apapun boleh berlaku dng izin Allah. Wassalam!

livvy a.k.a. ONJ a.k.a katak kembong... berkata...

Nasib baik tak ada ribut sekali! imagine kalau ada angin ribut dengan hujan lebat , that will be like a scene in China, thailand etc. Imagine kalau dekat changi area, boleh jadi tsunami! Ha ha, what a waste. i would have loved to be there to experience the flood ...no joke man, hopefully we won't see this kind of flood again. Bayangkan kalau it goes down to the mrt track, that will be a real disaster. SCARY!!!! Thanks for posting the pictures for my children.

CT berkata...

Eeeeeee ! You nak berendam kat sana ke? That’s why you dapat gelaran ‘Katak Kembong’ hahaha. Thanks dik for dropping by…wassalam!

Zaitun berkata...

Salam perkenalan

Allah menunjukkan kebesarannya,kita sebagai umatnya selalu terlalai.

CT berkata...

Marhaban & terima kasih kerana sudi bertandang...salam perkenalan dari saya juga:) Datanglah lagi!

Shah berkata...

Salam Kak..Spore pun kena start bina SMART Tunnel la Nampaknya..

Hehehe..gurau je

Penabahari berkata...

Salam CT, Lama benar abng tak jenguk blog,tapi tidak s emestinya melupai teman yg baik. Semoga semuanya selamat bagi Ct dan keluarga dan dijauhi dari segala kerumitan...

CT berkata...

Salam dik...

S'pore dah bina terlampau banyak tunel laa tu sampai jadi tak menentu! Sesekali jadi begini baik juga supaya kita lebih berhati-hati! Bila nak datang ke S'pore lagi? Miss you dik!

CT berkata...

Salam bang,

The feeling is mutual...Terima kasih kerana kunjungan abang...miss you bang!