Jumaat, 17 Januari 2014

Blurrrr...


Assalamu'alaikum...
Lama benar aku tak menulis dan update blog ni. Dah lebih dari setahun rupanya. Begitu cepat masa berlalu...kekok benar rasanya. Nampaknya aku kena belajar balik dari mula macam mana nak menulis di blog ni...'Back to square one' laaa jawabnyasedih Walau apa pun...tujuan asalku memaksa diri ini untuk menulis kembali adalah kerana tak mahu otakku membeku... namun...belum apa-apa lagi otak ini dah mula beku...Aku Blurrr...nangih

Oh ya!...tahun lepas dalam bulan November,aku dan suamiku sempat ke Sarawak & bertemu dengan Abang Pharo.
Abang Pharo telah menghadiahkan aku beberapa buah buku termasuk sebuah buku terbarunya yang bertajuk 'Sanjak Si Renta'

Di sini sekali lagi aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih pada Abang Pharo yang telah sudi meluangkan masanya untuk bersama kami...sekali lagi...terima kasih Abang Pharo! Terima kasih daun keladi sengihnampakgigi

Sabtu, 25 Februari 2012

Bertambah ‘Sexy’ lah aku...
















Dah sebulan kami pulang ke tanah air. Keadaan cuaca sama sahaja tiada yang berbeza, kalau tak hujan...panas...kalau tak panas...hujan. Paling seronok di negeri sendiri ialah tentang mudahnya mendapatkan makanan ‘Halal’. Burger King, McDonald, Kentucky semuanya boleh ‘Sental’...Alhamdulillah! lapar
Bertambah ‘Sexy’ lah aku...sengihnampakgigi

Sabtu, 12 Mac 2011

Sedikit Info Mengenai ‘SALAM’


















Beberapa kekeliruan telah terjadi mengenai isu ini dan masih tak sudah-sudah hingga ke hari ini...bimbang juga (esp. semasa sms) jika ada di antara anak-anak kita atau kita sendiri jadi malas nak tulis perkataan ‘Salam’ sebab kononnya ada yang melarang, nak tulis ‘Assalamu’alaikum’ rasa terlalu panjang...silap hari bulan lebih banyak perkataan ‘Hello’ atau ‘Hi’ saja yang digunakan...lagi tak manja sengihnampakgigi

Untuk mendapatkan info yang lebih jelas mengenai JANGAN GUNAKAN PERKATAAN “SALAM” yang kononnya disampaikan oleh Ustaz Zawawi, sila ke link ini:

http://www.facebook.com/notes/mohd-fadli-yusof/jawapan-saya-kepada-artikel-jangan-gunakan-perkataan-salam/10150147697891719




PETIKAN DARI ARTIKAL YANG DISIARKAN DI FACEBOOK OLEH USTAZ MOHD FADLI YUSOF YANG SAYA COPY & PASTE (BAGI YANG TIDAK MEMPUNYAI ACCOUNT DI FACEBOOK)



Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN “SALAM”, yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)


Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?


Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.


Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN “SALAM”.


Penulisnya menulis:

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN “SALAM”

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN “SALAM”,? apakah maksud disebaliknya??


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:“Salam (selamat tinggal)”.


Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ



Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): “Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ‘Selamat tinggallah! ‘ Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! “(Az-Zukhruf 43:89)


Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, “salam” bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.


Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.


سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)


Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:


وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا



Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)


إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ


Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ


"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)


سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ


"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)


Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.


Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..

Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..


Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا


"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)


“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

Rabu, 9 Mac 2011

Activiti Hujung Mingguku...


Di sebabkan dah lama tak makan jemput-jemput udang geragau maka lepas sembahyang subuh kami suami/isteri pun bertolak menuju ke Pantai Stulang untuk mencari Udang Geragau. Kalau dulu, tak pernah kami beli udang geragau ni…kami tangkap sendiri! Di sebabkan dah biasa dengan makanan laut yang segar, tekak aku ni masih tak boleh nak terima untuk makan ketam atau kupang yang di jual di pasar, apatah lagi udang geragau… aku hanya makan ikan dan udang sebab dah tak ada pilihan lain. sedih
Khabarnya pula sekarang ni ikan-ikan di pasar kebanyakannya dah diletakkan dengan sejenis bahan pengawet yang dipanggil 'Formalin'…bahan pengawet ni digunakan untuk mengawet mayat …sejauh mana kebenarannya… والله أعلم بالصواب























































Khamis, 30 Disember 2010

Apa lagi yang tinggal?

















Beberapa bulan yang lalu aku sempat ke stesen kereta api Tanjong Pagar untuk mengambil gambar-gambar di situ. Ku simpan gambar-gambar itu dengan baik kerana stesen KTM di Tanjong Pagar itu banyak menyimpan kenangan manis sewaktu aku kecil-kecil dahulu. Dari situ aku akan menaiki kereta api ke Utara untuk menziarahi kaum keluargaku di sana. sedih
Tidak berapa lama lagi akan menjelanglah tahun 2011 dan pada bulan July, Stesen Keretapi Tanah Melayu di Tanjong Pagar akan berpindah ke Woodlands. Rasanya tiada apa lagi yang tinggal sebagai kenangan yang bahawa suatu masa duhulu Singapura pernah bersama Malaysia. Kini sedikit demi sedikit kesan-kesan sejarah mula terhapus. sigh Walau bagaimanapun insyaAllah aku akan cuba untuk menaiki kereta api dari Tanjong Pagar buat kali terakhir sebelum ia tinggal menjadi sejarah…fikir















Rabu, 8 Disember 2010

Cucuku...





















Bagaikan pohon buluh, cucuku tumbuh tinggi merenjong...tak ubah seperti ibunya semasa kecil-kecil dahulusengihnampakgigi


رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ


“Robbi Auzi’nii An Asykuro Ni’matakal-latii An’Amta ‘Alayya Wa ‘Alaa Waalidayya Wa An A’mala Solihan Tardooh, Wa Ashlih- lii Fii Zurriyyatii, Innii Tubtu Ilayka Wa Innii Minal Muslimiin”.

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)”. [Surah Al-Ahqaaf ayat 15]


P.S: Do’a Di Dalam Tulisan Rumi Hanyalah Sebagai Rujukan Bagi Yang Kurang Mahir Di Dalam Membaca Tulisan Arab Seperti Diriku Sendiri...kenyit Sila Rujuk Kepada Yang Lebih ‘Arif!

Ahad, 14 November 2010

'Berbekam'





























Memang dah lama aku tak update blog nie...nak kata sibuk tak juga...nak kata malas...ada laaa sikit...sengihnampakgigi
yang pelik tu...bila aku terlentang atas katil macam-macam idea yang datang...bila aku log in semua ilhamku hilang! sedih
Pasti ini adalah salah satu petanda bahawa aku semakin hari semakin muda dan bertenaga...ihikhik
Sebenarnya dah lama aku nak bercerita dan bertanya jika ada sesiapa di antara yang membaca blog nie turut sama mengamalkan 'Bekam Lintah' tapi aku bertangguh di sebabkan aku merasakan ianya tak begitu penting. Tangguh punya tangguh hinggalah aku terlupa dan hilang idea...akhirnya apa yang aku nak ceritakan jadi basi dan tak sensasi lagi...sengihnampakgigi
Suatu masa dulu aku sering juga berbekam tapi rasanya dah lebih lima bulan aku tak lagi mengamalkannya. Baru-baru ini aku mengikuti kawanku untuk mencuba rawatan terapi medan elektrostatik tapi kesannya masih belum kelihatan lagi. Jika ada di antara anda yang mempunyai pengalaman atau nasihat mengenai berbekam atau rawatan elektrostatik...Jom kongsi bersama!

Rabu, 1 September 2010

Seronoknya Bila Ramadan!





















Bila Ramadan...bertambahlaaaah berat badan, bukan berkurangan…apa tidaknya; kurang melakukan ibadah tapi banyak menghadapi juadah…Almaklumlah aku nie bukan ‘Ahli Ibadah’ tapi ‘Ahli Mentah Kedarah’! sengihnampakgigi
‘Tarawih’ lapan raka’at aku dah termengah-mengah...Korang semua jangan ikut macam aku pulak! takbole
Sekarang dah penghujung Ramadan…bukan saja masjid dah mula kosong tapi tak lama lagi dah susahlah aku nak cari ‘Kueh Jongkong’...itulah yang buat aku sedih sangat nieeeeee!nangih
Kueh Jongkong bukan senang nak jumpa...TAPI di bulan Ramadan...SEMUA ADA! Yang dah mula luput pun timbul semula!menari Dari ‘Puteri Salad’ ke ‘Puteri Mandi’...dari ‘Laksa Penang’ ke ‘Laksam’...dari beraneka jenis mee hingga ke ‘Spaghetti’, dari ‘Nasi Takut’ hingga ke ‘Nasi Berani’(BIRYANI)…semua ada...beranika warna pula…mana aku tak menggila? lapar
Kalau bukan Ramadan memang payah nak cari kecuali di kedai-kedai tertentu…itupun belum tahu jumpa! Inilah salah satu sebab yang buat aku seronok sangat bila Ramadan tiba…aku rasakan bulan Ramadan terlalu jauh lebih pendek berbanding Syawal...sedihnya Ramadan akan meninggalkan kita! sedih
Alhamdulillah kita masih lagi diBeri peluang tahun ini...mudah-mudahan kita dapat lagi berjumpa dengan Ramadan di tahun hadapan (dalam keadaan sihat wal’afiat untuk beribadah dan menghadapi juadah)...InsyaAllah!
Pada yang mengenali diriku...ampunkanlah segala salah dan silapku serta halalkanlah makan dan minumku! Selamat Berpuasa Dan Selamat Meyambut Syawal Yang Bakal Tiba...


كل عام وانتم بخير


P.S: Peluk cium untuk adik-adikku yang sangat kusayangi di kampong esp. ‘Kembaq Siamku’... Mr. Kundoq! kenyit




































Sabtu, 7 Ogos 2010

Ku Kehilangan...

















إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Al-Baqarah - 2:156)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku tak begitu rapat dengan bapak mertuaku. Sama sekali tak pernah ku duga yang aku akan merasakan kehilangannya bila ia meninggal dunia pada 4hb.August, 2010 yang lalu. Waktu solat jenazah semasa mendo’akannya, aku terbayangkan seyumannya...kini aku mula merindukannya...Tahun ini kami tak dapat lagi raya bersama. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya...amien!