
Beberapa bulan yang lalu aku sempat ke stesen kereta api Tanjong Pagar untuk mengambil gambar-gambar di situ. Ku simpan gambar-gambar itu dengan baik kerana stesen KTM di Tanjong Pagar itu banyak menyimpan kenangan manis sewaktu aku kecil-kecil dahulu. Dari situ aku akan menaiki kereta api ke Utara untuk menziarahi kaum keluargaku di sana.
Tidak berapa lama lagi akan menjelanglah tahun 2011 dan pada bulan July, Stesen Keretapi Tanah Melayu di Tanjong Pagar akan berpindah ke Woodlands. Rasanya tiada apa lagi yang tinggal sebagai kenangan yang bahawa suatu masa duhulu Singapura pernah bersama Malaysia. Kini sedikit demi sedikit kesan-kesan sejarah mula terhapus.





4 ulasan:
tinggal dlm kenangan.. masa cepat berlalu.. apa lg lepas ni huhuu
Rakaman CT hari ini besar nilainya buat anak cucu di esok hari.
Salam Maiyah...itu yang amat menyedihkan...tak tahulah apa lagi lepas nie :-(
Salam bang...itu yang CT harapkan!
Catat Ulasan