Sabtu, 13 September 2008

Ingin Keliling Bali Sendiri?















Dalam bulan Romadhon ini biasanya kita akan terkenangkan saudara-mara dan teman-teman yang telah tiada, yang terlebih dulu pergi meninggalkan kita… tapi entah macam mana pula fikiran ku ini boleh melayang ke Bali. Apa yang aku ingat, di sana aku tidak mempunyai teman atau kenalan yang berugama Islam…hanya yang berugama Hindu tapi Hindu di Bali berbeza sedikit dari Hindu di tempat kita.
Walaupun sekarang ni bulan Romadhon, tapi manalah tau ada yang dah merancang untuk kesana tidak lama lagi…jadi aku ingin berkongsi serba sedikit pengetahuan ku jika anda mahu keliling Bali sendiri. Sementara aku masih ingat… baiklah aku cepat-cepat taip dan publish...lain kali mungkin aku lupa dan hilang idea!
Ramai yang ingin cuba pergi sendiri tapi takut kalau-kalau ditipu, dirompak atau sebagainya…di sini aku hanya boleh memberikan link seorang temanku di sana yang menawarkan khidmatnya sebagai driver sekali gus pemandu pelancong.
Namanya Dewa Marco. Nama sebenar Dewa terlalu panjang dan hampir satu meter. senyum
aku mula mengenalinya beberapa tahun dulu bila ke Bali dan pernah menggunakan khidmatnya…tetapi bukan sebagai pemandu pelancong.
Di sebabkan sikapnya yang penyabar dan tidak terlalu berkira, aku terus mengunakan khidmatnya setiap kali ke sana dan merekomenkannya kepada teman-teman atau pelancong-pelancong yang ingin ke sana…tanpa sebarang komisyen!
Mengenai harga…anda berbincanglah sendiri dengan nya.
Ada juga pemandu yang menawarkan harga yang jauh lebih murah tetapi terlalu berkira dan akan meminta bayaran tambahan kemudiannya. Tak kurang juga yang kurang informasinya mengenai negeri sendiri dan ada yang akan cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan membawa anda shopping atau tinggal di hotel-hotel tertentu…mereka akan mendapat komisyen dengan cara begini. Bagaimana aku tahu semua ini? Ini adalah cerita dan pengalaman dari beberapa orang pelancong yang telah terkena. Pesanan ku pada anda yang ingin cuba mengembara sendiri; Do your homework! Berhati-hati dan jangan angkoh!takbole Seandainya kita tidak menyombong dan berlagak bila merantau ke negeri orang…di mana saja kita akan mempunyai teman!
Melalui Dewa aku dapat mempelajari sedikit bahasa Bali dan mengenali adat resam dan budayanya. Rugi rasanya bila kita ke sesuatu tempat tetapi tidak dapat mempelajari sesuatu yang baru atau menambah sedikit pengetahuan.

Jika anda ingin cuba pergi sendiri ke Bali tanpa mengikuti group tour dan memerlukan khidmat Dewa, sila lungsuri lelaman web ini : www.dewamarco-tour.blogspot.com

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pulau Bali memang indah dengan pemandangan semulajadi alam.Dengar cerita,pendunduk asal Bali memanng baik sekali budi pekerti mereka.Mungkin mereka takut dapat balasan dari tuhan mereka kalau membuat perkara2 yang tak baik.Ada mengatakan di sana banyak makluk halus berkeliaran kerana pemujaan mereka.Pernahkah ct dapat pengalaman ngeri di sana?

CT berkata...

Salam JC,

Penduduk asal Bali memang mempunyai budi pekerti yang baik tapi mengenai makhluk halus tuuu...belum pernah pula CT jumpa...mudah-mudahan tak jumpa terus :))
Bila bermusafir tu kitakan kena baca ayat2 pendinding...CT bacalah apa yang CT tahu agar tak diganggu:))

Tanpa Nama berkata...

waaaah saya mau klarifikasi tentang mahluk Halus.semua itu salah persepsi.mahluk halus itu ada 2: good spirit and bad spirit, that's why people put offerings everyday at the ground - big trees.those for spirit.offerings for the god will be places higher in special building or temple.offerings for the spirits to netralize the bad 1, or to balance.coz we trust Good and bad will be everywhere and anywhere and anytime.
Dewa marco-Bali
www.dewamarco-tour.blogspot.com

CT berkata...

Hello Dewa,

Matur suksema atas komen & penjelasannya...yang dimaksudkan teman saya itu dan saya sendiri adalah makhluk halus yang jahat or the 'bad one' pastinya...but the naughty one like you I don't really mind :))
Datang & komen lagi ya sayang!

Tanpa Nama berkata...

ahahhahaah, Thanks ya Ibu Tini.saya suka melihat Foto profile nya Ibu.Keren banget

Tanpa Nama berkata...

Thanks for your info dewamarco.All the while I thought all my friends been there have alot of eerie experiences with them.The only friend I know who are friendly with the spirit is CT.She's the only one who could mix very well with them.


regards..

CT berkata...

JC said : "The only friend I know who are friendly with the spirit is CT.She's the only one who could mix very well with them"
Be careful JC...I might be Rangda's spirit in disguise :))

Tanpa Nama berkata...

Wah!!! if you 'might be the Rangda's spirit in disguise.'By now,I should be more careful.I must prepare my 'parang kontot'in case you appear unexpectedly so that I could defend myself.


he he he....