Sabtu, 30 Ogos 2008

Serupa Tapi Tak Sama...















Ada bermacam2 benda yang kelihatan serupa tapi tak sama. Contohnya seperti minuman Coke dan Pepsi atau jean Levi’s dan Lee...semuanya berasal dari U.S...serupa kan? Tapi tak sama!
Begitu juga dengan kami adik-beradik...macam kereta Proton dan Perodua...walaupun kedua2nya 'Buatan Malaysia' tapi berbeza...
Di antara kami lapan beradik...ada yang satu bapak tapi lain emak. Adik ku yang ke tujuh bernama Zaini seorang mechanic, pendiam dan pemalu serta penuh sopan…tinggi lampai orangnya…pada ku dia yang paling 'hencem' ! kenyit
Adikku yang bongsu Ahmad Nawawi...dia lebih rapat dengan ku daripada adik2 ku yang lain. Pelajar jurusan sains dan graduan di dalam bidang computer ni, memilih untuk jadi petani...pelik sikit budak ni! Dia ni manja semacam dan kuat pulak merajuk
Aku ingat lagi apa yang budak nakal ni buat dulu...dia sikat janggut kambing dan ikat ribbon! Dah tak de keje laa tuuu! adus
Sekalipun mereka berdua ni bukan dari satu ibu dengan ku...aku tak pernah membeza-bezakan mereka, aku sayang semuanya...cuma di antara yang ramai2 tu...adalah yang menjadi favorite ku…tapi aku tak bolehlah nak beritahu, nanti ada pulak yang merajuk! ihikhik
Menjelang Romadhon ni aku teringatkan mereka semua...nuuuun jauh di Utara! Jam hampir 3.00pagi...masih tak mau lena!
Entah bila agaknya boleh berkumpul semula? Tak ku sedari...menitis airmata...sedih

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Talian persaudaraan tetap ada walaupun lain ibu.Kesayangan dan kemesraan antara adik beradik mesti kukuh walaupun berjauhan.Kata orang tua2,lagi jauh lagi manis.Insha Allah,menjelang hari raya nanti dapatlah kamu berkumpul semua menghilangkan rindu.
Selamat berpuasa.

CT berkata...

Thanks Danial...mudah2an suatu hari nanti kami dapat berkumpul semula.
Selamat Berpuasa!

Penabahari berkata...

CT,
Kita pun ada 3 orang saudara berlainan ibu. Seorang abang peranh saya temui tapi yg dua orang lagi tak pernah jumpa hanya kenal nama. Entahlah harapan tinggi menggunung untuk ketemu walaupun sekali seumur hidup. Cukup untuk melepaskan rindu.

CT berkata...

Salam Pharmy,
CT faham perasaan Pharmy...Pharmy tak cuba cari mereka? Mudah-mudahan akan bertemu juga satu hari nanti...InsyaAllah!

sakurasa 2 berkata...

Salam kenal kembali terima kasih kerana berkunjung ke blog sakura.

CT berkata...

Terima Kasih kerana sudi membalas kunjungan saya...datanglah selalu ya :))

Shah berkata...

Salam kat kakak ct,

ade gak gambar saya yerk?tenkiu kak..arigato..walau xseibu..kita still bersaudara..saya terharu nih...

selamat berpuasa dan moga kak sentiasa bahagia di dunia dan di akhirat

CT berkata...

Thanks dek...jng merajuk lagi ok?
Always remember that I love you...