Jumaat, 22 Ogos 2008

Bagaimana Menjadikan Anak Anda Seorang Petualang - Bhg.1

















Sebagai seorang counselor yang berpengalaman dan berkelayakan PHD (Permanent Head Damage) saya ingin memberikan beberapa tips untuk menjadikan anak anda seorang petualang.
Cara mudah tetapi 100% berkesan ini akan saya berikan percuma!
Selamat Mencuba! setan

Beberapa amalan khusus untuk mereka amalkan sebelum remaja:
(Jika boleh biasakan sejak dari kecil2 lagi…lebih berkesan!)

  • Tidak mengemas atau menyimpan semula semua permainan selepas bermain – Mak boleh simpankan
  • Tidak beradab sewaktu makan dan makan dng gelojoh sehingga makanan bertaburan di lantai – Mak boleh sapu dan bersihkan
  • Tak payah cuci pinggan selepas makan, mereka hanya perlu melonggokkan pinggang di dalam sinki…tinggalkan atas meja pun tak pe! - Mak boleh cuci
  • Tak payah kemas katil - Mak boleh kemas
  • Baju2 kotor dicampakkan saja atas katil atau digantung mana suka – Mak boleh kemas, cucikan dan gosokkan.
  • Bila pulang dari sekolah campakkan stokin dan tendang saja kasut ketepi - Mak boleh pungut & cucikan...
  • Jika anak lelaki, biasakan kencing berdiri dan tak perlu flush toilet - Mak boleh flush & cuci toilet…Semua Mak boleh buat!!!
  • Bercakap kasar dng suara lantang bila ada yg tak kena – Mak tak kesah...Mak baik tak marah!
  • Jika anda pergi bertamu, biarkan anak2 anda masuk keluar ke dalam kamar orang, berlari ke sana ke mari dan bebas membelek barang2 perhiasan orang...jng. dimarah atau dilarang! – Ini langkah pertama jika mahu menjadikan anak anda seorang penyangak!
  • Biarkan dia makan atau minum sendiri, jika makanan atau air tumpah; senyum saja dan puji dia sambil mengatakan “Pandai anak mama makan!.” – Anda sekeluarga pasti menjadi igauan seram pada tuan rumah! Kemana saja anda pergi, orang pasti menyampah!

Jika anda seorang wanita dan tidak pula mempunyai pembantu rumah…kepenatan mengurus rumah & anak2 akan memastikan anda sentiasa ‘Slim’ atau besar kemungkinan menjadi ‘kurus Kering’. Anda telah berjaya di dalam peringkat pertama kerana dapat mendidik anak2 anda sejak dari kecil lagi untuk menjadikan anda seorang hamba...TAHNIAH! Rumah anda tentu sesuai dengan slogan:
“ Rumah ku…neraka ku!.” setan

Tiada ulasan: