Pegaga : Centella Asiatica

Sebenarnya aku lebih suka makan ulam dari sayuran yang dimasak, bukan apa-apa…maklumlah orang rajin:))
lagipun selain dari boleh jimat gas & tenaga, ulam banyak khasiatnya...kalau tak percaya buat kajian sendiri.
Sekarang dah mudah untuk dapat sumber ilmu. Duluuu, aku nak kena pergi library pinjam buku atau pun beli sendiri...laa niiii, hampa main tekan butang semua dah ada dekat computer. Hari ni aku nak cerita pasal pegaga...yang dah tau tu buat bodoh sudah! Yang tak tau jom baca!
Masa dalam pantang aku kena makan ikan kering yang dibakar bersama lada hitam dan berulam pegaga tapiiii...nasi habis sepinggan:)) Masa tu aku tak tahu pun yang pegaga tu berkhasiat untuk cepat menyembuhkan, terutama sekali untuk luka-luka dalaman dan ada anti-oksidan untuk jaga badan supaya awet muda...nenek aku pun tak bagi tau:))
Selepas aku melahirkan anak sulung ku, aku tertarik untuk mendalami tentang herba...aku pun mula bertanya pada orang-orang tua yang ada, macam reporter...aku mula mengendeng ilmu dari mereka.
Hari ni aku dengan lebih mudah mendapatkan nilai tambah melalui multimedia yang ada...Alhamdulillah!
Jadiiii...siapa-siapa yang kat rumah dia ada banyak pokok pegaga, jangan sia-siakan peluang yang Allah beri! Selain dari dibuat ulam dan dimasak, pegaga juga boleh dijadikan jus. Jus pegaga baik untuk kesihatan dan kecerdasan minda...Wallohu'alam!
Selain dari Pegaga, Pucuk Beluntas, Bebuas, Daun Tenggek Burung, dan bermacam-macam lagi banyak di kampong-kampong dan tak payah nak beli. Ada yang mudah ditanam seperti Pokok Ulam Raja.
Cara mudah dan murah untuk mendapatkan Sumber fiber dan vitamin C adalah dengan membiasakan memakan ulam-ulaman yang sama khasiatnya dengan sayuran import seperti broccoli dll.
Kenapa beli bila boleh dapat free?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan