Rabu, 30 Julai 2008

Jom Ke Kelantan !


Penjaja Kueh Akok...
















Arwah Tok Tam...
















Lama rasanya tak ke pantai timur...lebih lima tahun kot aku tak kesana! Tentu dah banyak berubah. Hati ni tergerak pulak nak ke Kelantan, kalau boleh nak ke Rantau Panjang. Khabarnya Rantau Panjang pun dah banyak perubahan...nak juga aku lihat!
Datok saudara aku di Kelantan pun dah meninggal dunia. Kali terakhir aku melihat Tok Tam sewaktu dia melawat kami di hotel tempat kami menginap.
Aku sebenarnya lebih suka menginap di hotel dari menumpang di rumah sanak-saudara bila pergi bercuti atau mengembara, bukan aku tak sudi atau pun menyombong diri...tapi aku tak mahu menyusahkan orang. Adik aku sendiri pun sampai mengugut, tak akan datang ke rumah aku lagi kalau aku tak mahu tidur di rumahnya bila bercuti ke utara. Dalam kes-kes tertentu macam ni, terpaksalah aku ‘break the law'...nak tak nak, terpaksalah aku mengalah...
Sebenarnya aku dah rindu nak makan kueh Akok...macam orang mengidam pulak! Kat Johor aku pernah rasa sekali waktu bulan puasa tahun lepas, tapi tak sama macam kat Kelantan...tak lemak langsung!
InsyaAllah August ni kalau ‘Boss’ kata ok, aku naik ke Kelantan...manalah tahu dalam perjalanan kot dapat pula beli telur penyu!

Tiada ulasan: