Khabarnya ada sejenis labah-labah yang merbahaya sedang membiak pesat di Eastern Australia...jadi teman-teman di Australia atau anda yang mahu ke sana, berhati-hatilah dan jangan ambil mudah! Kesan dari gigitan labah-labah ini begitu fatal dan menyeramkan (Lihat Gambar Sisipan) Sekali pandang labah-labah ini menyerupai labah-labah yang selalu kita lihat di rumah-rumah kampung...tapi dianya berbeza! Terlalu banyak perkara yang tersembunyi dan tidak kita ketahui kerana kita hanyalah manusia kerdil ciptaan Allah yang terbatas ilmu pengetahuannya. Mungkin itu adalah salah satu sebabnya Rasulullah s.a.w , datukku, ayahku, dan orang tua dulu-dulu serta para 'alim ulama menyuruh kita supaya membaca surah-surah dan do'a-do'a pendinding di bawah ini selepas solat Subuh dan Maghrib. Kita dianjurkan supaya selalu berdo'a untuk memohon perlindungan Allah...tapi memang dasar setengah-setengah dari kita terutama sekali diriku sendiri...malas dan suka lupa. (Untuk salah seorang adikku yang telah lama meminta supaya aku postkan do'a ini di sini sebagai reference...kakak mohon ma'af di atas kelewatan ini) Semuga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan melindungi kita semua dari mara bahaya...amien!
1) الفَاتِحَة (Al-Fatihah Sekali)
2) الإخلاص (Al-Ikhlas Sekali)
3) الفَلَق (Al-Falak Sekali)
4) النَّاس (An-Nas Sekali)
بِسَّمِ اللهِ الَّذِي لا يَضُرُّ مَعَ اسمِهِ شَيءٌ في الأرْضِ ولا في السَّماءِ
Bismillahillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syaiun Fil Ardhi Wala Fis Samak. Wa huwassami ‘Ul ‘alim (Baca Do'a Ini Tiga Kali)
Dengan nama Allah yang dengan nama itu tidak akan mendatangkan mudharat sesuatu pun sama ada di langit atau pun di bumi dan Dialah Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
P.S: Do'a Di Dalam Tulisan Rumi Hanyalah Sebagai Rujukan Bagi Yang Kurang Mahir Di Dalam Membaca Tulisan Arab Seperti Diriku Sendiri...






14 ulasan:
Salam dan terima kasih Sis atas doa yang diberikan. Semoga amalan yang murni ini mendapat pembalasan sebaik-baiknya daripada Allah .
Wa'alaikumussalam bang,
Tak ada apa2 kebaikan yang dapat saya tinggalkan bang...hanya ini sahaja:( Thanks bang!
salam kak ct...
miss u kak
nice info kak...
pernah dengar tentang lelabah tu... tapi tak sangka hingga seteruk itu kesan senggatannya... terkedu nengok
takut sangat...
ziarah malam bersama rindu
Salam Riesna,
Memang teruk kesannya...auntie tenguk pun seram sebab tu auntie postkan kat sini untuk yang belum dapat informasi.
I'll visit you soon OK? Take care!
nice antry ....
saya gembira di sini .
Salam Saniza,
Thanks...Selalu2lah kemari.
auntie....
terima kasih ats doa..
waaaaaaaa...sgt mnyeramkn tgk kesan gigitan ni..
huhu
salam rindu
dari sakura di Brunie Darul Salam
Salam Jane...lama menghilang ke dalam hutan bersama tarzan hehehe
Thanks dear!
Salam rindu dari auntie buat Sakurako...miss you dear:(
Salam kak..tak sangka sampai mcmtu skali jadinya...saya pun tak hingin nak bela labah2 tuh..ehehehe..i miss u kak
Salam,
I miss you too dik...PC dah OK? Adik nak bela labah2...biar betul hehehe
menakutkan jgk kn..huhu..tp x dngr lagi kt brita..hmm..mungkin jgk yg kena ni de kencing manis..wallahua;lam
Salam Syah,
والله أعلم بالصواب
Terima Kasih Sudi Singgah Kemari:)
Catat Ulasan