
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْت
"Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati..." (Ali Imran:185)

Beginilah keadaannya kubur kongkrit pasang siap yang menjadi tempat persinggahan terakhir di dunia menuju akhirat di sebuah negara yang kecil dan padat. Semua jenazah yang berada di dalamnya akan digali semula selepas 15 tahun dan akan ditanam kembali ke dalam kubur kongkrit yang baru atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Kubur Tulang’. Jenazah yang tidak mempunyai pewaris untuk menuntut dan mengenal pasti kubur-kubur ahli keluarga mereka akan diletakkan seramai 16 orang didalam satu lubang. Bagi setiap kubur yang mempunyai pewaris pula akan diletakkan seramai 8 orang di dalam satu lubang. Gambar-gambar ini diambil sewaktu CT turut sama menghantar jenazah Mak Ngah CT yang meninggal dunia pada 9hb.Dec. 2009.
Al-Fatihah untuk Hjh. Fatimah Binti Hj. Sarip.
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعفو عنها...آمين
Allahummarghfirlahaa, warhamhaa, wa’afihaa wa’fu’anhaa...amien
Ya Allah! Ampunkanlah dia, Kasihanilah dia, ‘afiatkanlah dia dan ma’afkanlah dia...amien!







8 ulasan:
ada sistem utk lebih teratur.. al fatihah utk arwah
Salam & Terima Kasih dik...semuga kecerian menyelubungimu di hujung minggu!
Al-fatihah buat Allahyarham. Tahniah CT atas kepergian Mak Ngah.
Salam bang,
Nie mesti dah ngantuk nak tertido laa hinggakan 'takziah' di type 'tahniah'...it's ok bang CT faham:)
Btw avatar abang yg baru nie macam John & Yoko laaa hehehe
Laa..apa pula abang taip tuuu...Takziah jd tahniah...maaf ya...
It's OK bang...no problem:)
Salam CT.
Ana dah mai ziarah...menarik...nanti akan mai lagi.
Wa'alaikumussalam,
Alhamdulillah sudi mai ziarah...besaq hati chek:)
Catat Ulasan