Sabtu, 22 Ogos 2009

Tangkap Glamour...






















Pada malam Ithnin 27-08-09 yang lalu, CT bersama salah seorang teman sekampung telah ke Pasar Borong Pandan kerana teringin nak makan roti nan dan kebab Pakistan.
Tanpa diduga, kami terserempak dengan Ijaz Ahmed salah seorang manusia tertinggi di dunia. Khabarnya Ijaz juga dari Pakistan. MasyaAllah...tinggi betul dia! hah
Ijaz datang ke Malaysia dengan tujuan untuk memungut derma bagi mengubati kaki kanannya yang sakit.
Gambar di atas menunjukkan Ijaz Ahmed bersama dua orang makcik yang bernasib baik kerana terserempak dengannya. Pada mulanya tak ramai yang menyedari kehadiran Ijaz di situ, tapi bila dia mula bangun berdiri untuk bergambar bersama makcik-makcik tersebut...barulah orang ramai mula perasan dan semakin ramai mengerumuninya. Makcik-makcik tersebut pun nampaknya mula naik segan dan tak kena gaya, TAPI...tak mungkin rasanya makcik-makcik berdua tu akan melepaskan peluang keemasan bergambar dengan Ijaz Ahmed bila telah dipelawa untuk bergambar bersama. After all bukan senang nak jumpa orang seperti Ijaz! Well...tak apa lah makcik...sambil beramal sambil tangkap glamour sengihnampakgigi

6 ulasan:

Penabahari berkata...

Salam CT,
Betul lah tajuk tu..nah CT dah glamour sekarang...
ok..teruskan perjalanan.

mOEha Aziz berkata...

salam CT,

masyaallah... beruntungnya dapat jumpa insan yg akan dapat buat kita lebih bersyukur... :)

CT berkata...

Wa'alaikumussalam,

hahaha CT belum glamour lagi laa bang...makin CT nak tangkap glamour makin jauh dia lari...:))

CT berkata...

Wa'alaikumussalam,

Thanks kerana sudi datang kemari lagi...auntie setuju dengan mOEha:) No matter what...tiap2 sesuatu yang Allah jadikan pasti mengandunggi hikmah, bagi auntie lebih mudah hidup seperti 'orang biasa'...Alhamdulillah!

livvy berkata...

hai ... pergi lama-lama cuma ada satu aje gambar ke. dah lama i tunggu you punya cerita... anyway, isn't he the one who play in one of the comedy movie.. can't remember what's the name of the movie lah. so lucky to get a picture with the tallest man in the world.

CT berkata...

Salam dik,

I miss you laa...sebenarnya kakak tak tahu nak cerita apa...how about snorkeling with the sharks? Nak tahu tak? Call me!