Rabu, 15 Julai 2009

Kenangan Manis...


Cenderahati Dari Bung Maman & Happy Budiaty














Dah hampir seminggu aku pulang tapi baru kini terasa nak menulis sesuatu di blogku yang dah hampir sebulan tak update. Makin lama makin malas rasanya nak menulis. Nasib baik aku bukan penulis terkenal seperti Abang Pharo yang ramai peminatnya, kalau tidak…mesti aku rasa stress sebab aku tahu ramai yang asyik menunggu sesuatu yang baru dariku hehehe sengihnampakgigi
Semasa aku di Jakarta, aku sempat bertemu dengan Bung Maman & Happy Budiaty. Mereka berdua adalah teman cyberku. Jakarta itu terlalu luas dan Bung Maman datang dari daerah yang jauh untuk bertemu...aku rasa sungguh terharu! Bukan semua teman cyber yang ku senangi dan ingin ku temui...ada juga yang cuba ku hindari...
Hari itu selepas makan siang, kami bersama-sama ke Masjid Kubah Emas (Masjid Dian Al-Mahri) dan kerena terlalu gembira aku jadi lupa untuk bergambar bersama Bung Maman...penyesalan masih lagi ku rasakan sedih
Kini apa yang ada padaku hanyalah kenangan manis bersamanya dan cenderahati dari mereka berdua. Mujur juga aku sempat bergambar bersama Happy Budiaty. Tak tahulah bila lagi kami dapat bertemu kerana Jakarta bukan tempat kegemaranku...aku kurang betah di situ. Aku lebih senang di Bandung atau Jogja dan aku lebih tenang di Bali.


12 ulasan:

sakurasa 2 berkata...

Salam rindu buat cik ct


Lamanya menyepi....
rupa2nya dah sampai ke Jakarta
cantiknya Masjid Kubah Emas tu ya...

arsaili berkata...

salam....menunggu2 gak aunty update. Yea saya pun rasa kesal berpanjangan sebab 2 sahabat baru yg ditemui hari tu tapi terlupa bergambar bersama mereka...harap akan dapat bertemu lagi sama mereka

Penabahari berkata...

Salam CT,
Lama juga saya menanti coretan CT. hari ini baru ketemu, rasa rindu pulak.
Semoga Jakarta memberi ketenangan dan kegembiraan buat CT.

CT berkata...

Salam Sakura,
Masjid Kubah Emas tu memang cantik…kalau Sakura ke Jakarta jng lupa melawatnya jika ada kelapangan.

CT berkata...

Salam Arsaili,
Aunty ingat aunty sorang aje yang dok kesal berpanjangan…rupa2nya arsaili pun sama juga yea? Tiap2 sesuatu ada hikmahnya…hanya Allah yang lebih mengetahui.

CT berkata...

Salam bang Pharo,
CT pun rindu jugak kat abang & teman2 kat sini, kalau tidak…memang CT nak bertapa terus dalam bilek hehehe

livvy berkata...

cuma pos dua gambar aje. gambar you tengah berenang di hotel pool in 2 piece bikini tak ada ke?anyway, i saw the pictures of the mosque... awesome. gambar kat bandung takde ke?

CT berkata...

Ish dik...jangan le bilang orang about the pool hehehe
Anyway I'm getting lazy laa...tak tahu nak letak gambar apa for you all. Hugss

Watman Widjaja berkata...

Dear Neng
Terimakasih telah mem"publish" cendera mata dan sayapun mengucapkan terimakasih atas semua cendera mata dari Neng serta kebaikan Neng selama kita bertemu di Jakarta,semoga Allah SWT membalas amal Neng.
Menurut keterangan teman teman yang pernah mengunjungi Masjid Kubah Mas memang ada 2 pilihan :
1.Jalan singkat yang padat dengan "traffic jam" seperti yang pernah kita alami waktu pulang dari Pertokoan di Tanah Abang.
2,Jalan melalui "highway" untuk menghindari "traffic jam",tetapi harus berputar jauh.
Salam untuk Ibu Neng,adik Ibu Neng,Bapak Jamil dan Imran.

CT berkata...

Salam bung,

Terima Kasih kembali:))

arsaili berkata...

salam..aunty..sihat ke?

CT berkata...

Salam Arsaili,

Aunty sihat cuma dah lama tak log in...'Hibernating'
Terima Kasih kerana bertanya khabar...take care!