Jumaat, 12 Jun 2009

Putaran Masa...




















Roda-roda kehidupan terus berputar mengikuti putaran masa. Seringkali kita langsung tidak dapat mengawalnya, after all; kita sebagai manusia hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan segala-galanya!
Bulan May hingga July merupakan bulan-bulan yang penuh dengan pelbagai agenda…dari ‘Birthday’ hingga ke ‘Holiday’.
Baru beberapa minggu lalu kami di Bangkok...dua hari selepas pulang ke rumah, kami bergegas pula ke Mersing pada 30May untuk menghadiri 'Walimah' anak saudara kami. Pada 6June 2009 pula suatu lagi 'Walimah' diadakan di Pahang.
Dalam jangka waktu yang sesingkat ini juga, ibu saudaraku (Mak Ngah) telah diuji, ia mendapat musibah diserang sakit buah-pinggang. Suatu hal lagi yang paling menyedihkan ialah apabila salah seorang dari sepupuku (Non) yang tidak dapat ikut sama ke Pahang tiba-tiba diserang stroke. Usianya baru menjangkau 46tahun. Hari itu semua ahli keluarga kami yang baru pulang dari Pahang bergegas ke hospital dan berganti-ganti memenuhi kamar ICU…da’if betul keadaan sepupuku…sayu hatiku. Kami hanya dapat membantu dengan do’a. Semuga Allah tabahkan hati sepupuku dan menyembuhkannya dan semuga Allah melindungi kita semua dari penyakit yang sangat ditakuti ini...Amien!
Hampir semalaman aku tak dapat tidur, bermacam-macam hal berligar di dalam benakku...banyak lagi tugas-tugasku yang belum selesai. Apa yang membingungkan ialah kerana teman kesayanganku yang telah berhijrah ke Adelaide akan pulang buat beberapa waktu dan aku pula akan keluar negeri lagi nanti. Mungkin kami dapat berjumpa tapi hanya seketika. Itulah yang menyedihkan ku kerana aku benar-benar rindu padanya. Beginilah kehidupan...sering diselang-seli dengan pelbagai kejadian!
Hari ini ku pujuk jari-jariku untuk terus menari lagi dan ku lungsuri lelaman teman. Alhamdulillah, lelaman mereka semakin popular dan ramai pengunjungnya. Pasti mereka tak akan perasan sekalipun aku lama menghilang.

4 ulasan:

arsaili berkata...

salam aunty..semua itu ketentuan Allah..semoga dipermudahkan

CT berkata...

Amien! Thanks Arsaili...wassalaam:)

Penabahari berkata...

Salam CT
Seketika pernah juga abang menjangka CT dah bosan menulis, rupanya abang yang tersilap juag.
Kehidupan selalunya diisi dengan pelbagai dugaan, tapi abang percaya CT pasti kuat dalam menghadapi segala ujian Tuhan. Sebagai teman, abang hanya dapat mengirm doa agar semuanya berakhir dengan bahagia.

CT berkata...

Salam bang,

Terima kasih di atas kunjungan dan do'a abang...semuga Allah memperkenankannya.
Abang tak tersilap...terkadang bila letih & stres...naik bosan juga nak menulis, langsung tak ada idea:)