
Semalam kami ke JB, saja je merayau-rayau macam semut...lepas tu kami singgah ke kedai tempat kami selalu membeli rokok. Kami pun membeli sekotak chewing gum untuk dibawa pulang. Penjual di kedai tu macam tak percaya bila kami tak mahu membeli rokok tapi cuma chewing gum...dia tahu yang kami memang 'Heavy Kretek Smokers' meskipun aku jarang merokok di public kerana kami memang dah lama menjadi pelanggannya. Walau bagaimanapun kami tak cerita yang kami dah berhenti merokok, kami cuma kata yang kami nak kurangkan saja.
Sesampainya kami di custom S’pore, as per normal…semua kereta digeledah. Kami pulak tu memang tak sorokkan chewing gum yang kami beli

Ya laaah…kami lupa yang chewing gum pun memang tak boleh dibawa masuk…kami cuma ingat hanya rokok…bila kami tak bawa rokok kami rasa memang dah tak ada apa- apa yang nak dibimbangkan lagi. Dulu semasa kami masih merokok pun kami tak pernah sembunyi. Bila ditanya sama ada kami ada membawa rokok atau tidak...dengan suara menyindir kami akan katakan: “Yes!...But you can check some more if you like.” Kemudian kami akan tunjukkan berapa packet rokok yang ada pada kami. Biasanya kami bawa pulang sorang sekotak (yang telah dibuka dan dihisab sebatang) Pada mulanya kami memang 'Declared' rokok yang kami bawa masuk dan bayar tax, tapi lama kelamaan kami dah naik bosan…hari demi hari harganya semakin melambung tinggi. Kali terakhir kami bayar tax lebih kurang $SGD80++ untuk satu carton Suria 16...itu pun beberapa tahun yang lalu. Nak beli kat S'pore macam yang kami hisab tak ade...Suria yang ade pulak tu tak 'Ori' ! Kami juga dah biasa kena saman $SGD800++ bila bawa masuk rokok sorang dua kotak

Hari tuu memang nasib kami tak baik...nak dijadikan cerita, kami terlupa nak buka sekotak...bila custom tanya : “Ada rokok?” Kami tak berani nak bohong kata ‘Tak ada’, nanti boleh kena charge 'Seludup'…lagi parah! Jadi bila ditanya kami pun kata ada. Kami tunjukkan rokok dan kemudian bayar saman tapi dalam hati menyumpah seranah! Hai! Kenapa tak stop terus dari menjual rokok kalau dah tahu yang rokok tu membahayakan kesihatan?

Semalam bila kami bawa pulang chewing gum, kami tak kena saman...tapi terkilan juga hati ini bila lihat chewing gum yang kami beli dibuang dalam tong sampah! Dalam tong sampah tuu ada telur, pizza, burger dan entah apa-apa lagi barang-barang makanan. Itulah yang kami selalu kata bila bergurau: Singapore…semua tak boleh! Malaysia boleh! Thailand...macam boleh! Indonesia...asal boleh! Kalau difikirkan memang tertekan hidup kat Singapore nii…semua tak boleh! Tapi nak buat macam mana? Nak balik kampong jauh sangat...tak sanggup! Nak tinggal terus di JB...anak tak suka!

Jadi kami kenalah sesuaikan diri dan berfikiran positive...belajar bersyukur kerana masih punya tempat tinggal yang nyaman dan aman...macam kata orang negeri "Air dalam bosi...api dalam kaco...petik di tepi, di tengah menyalo!" Well...que sera sera!
6 ulasan:
assalammua'laikum. ala kesian nya kakak aku..... geram juga ni.. when you told me about your story, i pun sms my husband coz he was in jb yesterday.... tapi too late lah. dia dah beli chewing gum,pizza, dunkin doughnuts etc untuk budak-budak. tapi nasib baiklah..... tak kena check pula... kalau tau beli chewing gum lagi banyak! anyway, i'm glad you're not smoking anymore. kenapa tukar gambar... yang 2 face kan unique...
Wa'alaikumussalaam,
It's ok dik...just chewing gum no big deal but I'm glad they don't throw away your pizza. So you like the other picture eih? Nanti I tukar balik OK?
Saya suka falasafah Asean tentang BOLEH tu...
Salam,
Slogan yang paling best bagi CT : 'M'sia Boleh!'
tahniah kepada mak long kerana sudah berhenti merokok
Tengkew...tengkew & selamat datang! Datanglah selalu...happy mak long bila chek mai!
Catat Ulasan