BERHATI-HATILAH BILA MEMBELI LIMAU YANG DIIMPORT DARI CHINA!
Hari Raya Cina akan tiba tidak lama lagi. Kini Buah limau mandarin banyak dijual di pasaran. Berhati-hatilah jika anda ingin membeli limau mandarin, terutama sekali yang diimport dari China kerana terdapat ulat di dalamnya. Ulat-ulat tersebut sama warnanya dengan limau...sekali pandang mungkin kita tidak akan perasan dan sudah pasti tidak dapat dilihat oleh orang-orang yang rabun (long – sighted)
Walaupun kerajaan China telah cuba untuk memusnahkan limau-limau tersebut dan membayar pampasan kepada petani-petani di sana, namun masih dikhuatiri ada pihak – pihak yang tidak bertanggung jawab yang tetap cuba untuk menjualnya di pasaran..inilah sebabnya mengapa kita harus berhati-hati.
Sama ada ulat-ulat tersebut mengancam kesihatan manusia atau tidak masih lagi menjadi persoalan. Jika anda tidak membelinya, mungkin anda akan menerimanya sebagai hadiah dari teman-teman anda yang berbangsa Cina...berhati-hatilah!




6 ulasan:
sakura suka makan limau now kena hati2 n intai2 dulu sebelum makan ;-))
Ya laa sayang...auntie pun suka makan limau, sekarang nak kena pakai spec dulu & belek betul2...dulu main ngap aje hehehe
Mulai sekarang kena hati-hati lah ya..spec tak boleh lupa..
Nampaknya macam tu laa...kena belek betul2...mudah-mudahan tak dapat hadiah limau dari China tahun niii!
salam aunty apa kabar..thanks for sharing d info....
Salam Arsaili,
Alhamdulillah, Aunty sihat...semuga Arsaili juga sihat hendaknya. Thanks for dropping by here dear!
Catat Ulasan