Khamis, 13 November 2008

Do’a Itu Senjata Mukmin...

















Beberapa hari yang lalu bila berkunjung ke blog salah seorang teman bloger, saya telah membaca tulisannya di dalam bahasa Engris yang bertajuk ‘Hey...I'm the boss ok’. Ceritanya berkisarkan ‘Bragging’.
Dalam bahasa Melayu ‘Bragging’ tu kalau tak silap saya boleh diistilahkan sebagai ‘Cakap Besar’...betul tak?
Mungkin juga silap...kenyit
Inilah dia saya...bahasa Engris tak pandai, bahasa Melayu pun tak mahir...agaknya ini yang orang dok panggil ‘Blur Sotong’!
Hai memang blur betul orang tua niii...tak taulah apa nak jadi! ihikhik
Walau apa pun asalkan anda faham apa yang nak saya sampaikan OK lah tu kan? sengihnampakgigi

Berbalik tentang apa yang telah diceritakan di blog tu...salah satu ungkapan kata-katanya adalah:
“Me myself tend to do it as well…. unintentionally…”
Kalau difikirkan, ada juga betulnya apa yang dikatakan tuu... kerana terkadang kita melakukan sesuatu tanpa disedari...TAPIII...kalau kita tak menyedarinya dan tidak pula bermaksud untuk meninggi diri...itu cerita lain bagi saya...yang kita dok menyampah dan naik meloya tekak nak muntah niiii...adalah pada orang-orang yang memang ‘Anggek’! Biasanya mereka ni berlagak aje lebih tapi ‘Habuk Pun Tarak’! Now blood goes up my kepala already...‘Tanduk Sudah Keluar’! Better stop talking about them!setan

Bila membaca tulisannya, saya rasa terpanggil untuk berkongsi sebuah do’a yang cukup cantik maknanya...(at least bagi saya)
Pada saya ini juga merupakan salah satu ikhtiar kita...kerana apalah daya kita tanpa izin dan bantuan Allah? Tugas kita hanya berusaha dan berdo'a...yang lain tu kita serahkan pada Allah!
Pada yang dah tahu tuuu...Alhamdulillah! Pada yang belum...Jom! kita amalkan bersama...bukankah do’a itu senjata Mukmin?

اَللهم اَجعلني صبورا واجعلني شكورا واجعلني فى عينى صغيرا وفى اَعين الناس كبيرا


Allohhummaj ‘alni sobuuroo, waj’alni syakuuroo, waj’alni fi ‘ainii soghiiroo wa fii a’yuninnaasi kabiiroo.

Maknanya lebih kurang begini :

“Ya Allah, jadikanlah aku orang yang sabar dan jadikanlah aku orang yang bersyukur dan jadikanlah aku kecil pada pandangan mataku sendiri tetapi besar pada pandangan orang lain.”

Cantikkan makna do’a tuu?
Pasti kita ingin menjadi orang yang ‘Humble’ dan bukan ‘Low self esteem’...Confidence dan bukannya Arrogance!
Eih ‘Spekang’ pulak orang tua nii...makin menjadi-jadi! gatai
Rasanya orang2 yang suka ‘Bragging’ nii mungkin sebenarnya ada ‘Inferiority Complex’ kot? Mereka selalu merasa kekurangan dan ingin minta dipandang...itu pun suatu penyakit...penyakit hati! Mudah-mudahan kita tak jadi macam tuu...Na’uzubillah!

4 ulasan:

Penabahari berkata...

Terima kasih atas doa yg diberi.
Salam dari sahabat yg masih demam ni.

CT berkata...

Terima kasih kerana sudi berkunjung...semuga Pharmy telah sembuh sekarang ini. Hati-hati bila driving ke Miri ya!

~PakKaramu~ berkata...

Assalamu'alaikum

Ingatlah Allah!

Dan tidaklah seseorang yang berdosa itu terus berdosa melainkan ia bertaubat

Dan tidaklah seseorang yang baik itu terus baik melainkan ia melakukan dosa pada akhir nayatnya, in adalah malang

CT berkata...

Wa’alaikumussalaam,

Subhanallah…Do’akanlah CT supaya tidak tergulung sebagai orang-orang yang malang dan do’akanlah CT supaya tidak akan menjadi orang yang sombong atau egoist. Terima Kasih atas nasihat yang diberi!